Tips Temuduga Yang Penting

Tips Temuduga Yang Penting

Tips Temuduga

Untuk mendapatkan satu pekerjaan pasti kita akan menghadiri sesi temuduga yang dijalankan oleh syarikat, agensi atau pihak kerajaan sekalipun. Agak susah untuk mendapatkan pekerjaan tanpa sesi temuduga. Saya yakin sebahagian abang-abang dan kakak-kakak yang sudah masuk ke alam pekerjaan seperti saya, pernah menghadiri sesi temuduga sebelum diterima sebagai staff. Untuk pengetahuan anda, sehingga kini saya pernah menghadiri 13 kali sesi temuduga samaada dikelolakan oleh pihak swasta ataupun kerajaan. Dari situ banyak pengalaman yang saya lalui bila berhadapan dengan penemuduga yang berlainan sikap dan skillnya. Jadi saya nak kongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya kepada anda terutama adik-adik yang nak pergi temuduga. Ada beberapa tips temuduga yang ingin saya kongsikan.Tips temuduga

Tips temuduga pertama – Berketerampilan

Semasa melangkah masuk ke bilik temuduga anda mesti dan wajib berpakaian sesuai dan kemas. First impression sangat penting untuk menarik hati penemuduga. Pastikan anda memakai pakaian yang mengikut saiz badan dan juga warna yang lembut. Pernah saya ditegur oleh penemuduga kerana baju kemeja saya kelihatan terlalu besar semasa temuduga di AADK. Memangpun sebab saya memakai baju saiz XL sedangkan badan saya paling besar pun saiz L. Walaupun tidak dipastikan adakah sebab itu saya tidak berjaya dalam temuduga itu, namun teguran itu pasti diambil kira dalam menilai saya.  Tidak dinafikan, keterampilan bukanlah satu perkara yang men’confirm’kan seseorang itu hebat, namun ianya tetap menjadi salah satu kriteria dalam penelitian oleh penemuduga. Cara duduk, kaedah memperkenalkan diri sangat penting di samping menunjukkan sikap menghormati mereka. Selain itu anda perlu ‘memanis’ kan semanis-manisnya wajah anda iaitu senyuman yang menarik tetapi jangan sampai tahap tersengih-sengih macam kerang busuk pula. Pastikan juga jika anda bermisai dan berjanggut, ia telah dicukur dan di trim dengan baik dan kemas.

Tips temuduga kedua – ‘Rajin bercakap’

Jika anda seorang yang pemalu dan pendiam, maka anda perlu buang atau tinggalkan sekejap sikap anda itu diluar pintu bilik temuduga. Anda mestilah menjadi seorang yang pandai bercakap disamping mengeluarkan idea dan pendapat yang bernas. Adakalanya soalan yang ditanya adalah dalam bentuk penyelesaian masalah. Jika anda dilontar dengan soalan sebegitu maka jawapan mestilah bernas dan relevan. Ketika saya menghadiri temuduga LKPPK, saya telah ditanya soalan – Kenapa Malaysia perlu mengeksport beras ke luar negara dan mengimport beras dari India dan Thailand sedangkan dalam masa yang sama pengeluaran padi dalam negara jauh dari mencukupi untuk keperluan rakyat Malaysia?. Untuk soalan yang begini jawapan dari mulut kita jangan hanya berkisarkan kepada satu sudut sahaja, ia perlu merangkumi beberapa aspek yang lain. Ketika menjawap soalan inilah, selain jawapan yang direct kepada soalan, anda boleh memberikan pendapat dan idea tapi pastikan ianya bernas. Soalan jenis ini juga boleh membuat anda berpeluang untuk bercakap tak berhenti.

Tips temudugaRamai nasihat yang telah saya dengar, bila masuk temuduga pastikan bercakap sampai penemuduga tak ada berpeluang untuk bertanya. Nasihat saya, jangan percaya mitos itu. Bercakap pada perkara yang relevan sahaja. Jangan sampai tahap bersembang kosong. Penemuduga jika tidak dapat bertanya disebabkan kepetahan anda, sebenarnya anda yang rugi. Namun, anda perlu ada interaksi yang baik dengan penemuduga.

Adakalanya penemuduga bertanya soalan yang memerlukan anda menjual diri. Bukan maksud jual diri benda tak baik, tapi macam mana anda nak yakinkan penemuduga tentang kemampuan dan kebolehan anda. Soalan ini adalah mudah untuk dijawap iaitu anda yakinkan yang anda adalah pilihan terbaik dan bernilai untuk organisasi tersebut. Adakalanya penemuduga juga bertanyakan soalan sebaliknya iaitu, apakah kelemahan diri anda? Jika soalan ini, jangan pula dijawap secara direct misalnya, saya ni seorang yang lambat memahami arahan. Sebaliknya tukarkan kepada – saya lemah sedikit untuk memahami arahan namun ia tidak menganggu saya kerana saya sudah bersedia untuk membaiki kelemahan saya itu.

Tips temuduga ketiga – Keyakinan/Confident

Ini adalah sangat penting ketika menghadiri temuduga. Tunjukkan keyakinan diri ketika menjawap soalan yang ditanya kepada anda. Pastikan anda memberikan jawapan dengan yakin dan fokus. Elakkan guna perkataan ‘saya rasa, mungkin, saya agak’ atau yang seangkatan dengannya. Penggunaan perkataan seperti itu menunjukkan yang anda tidak confident dengan jawapan yang diberi. Lebih baik jika ditukarkan dengan ‘pada pendapat saya, saya berpendapat’ kerana ia lebih menunjukkan yang anda mempunyai keyakinan dengan melontarkan idea anda sendiri. Selain itu, ketika menjawap solan pastikan mata anda memandang mata penemuduga jangan pula mulut menjawap mata melihat lantai, kipas, dinding atau benda lain. Adakalanya jarak antara kita dan penemuduga memang diletak pada jarak yang agak jauh. Jadi anda perlu bersedia untuk bercakap dengan suara yang lebih kuat dan sesuai pada sesuatu jarak itu. Tujuan kedudukan layout bilik temuduga disusun sebegitu bertujuan untuk menguji keyakinan kita kerana perlu menjawap soalan dengan suara yang lebih kuat namun janganlah pula sampai menjerit..

Tips temuduga keempat – Jangan emosi dan bertenang

Anda perlu jadi seorang yang cool dan rileks. Jangan menunjukkan sikap menggelabah atau tertekan. Jika anda tidak tipstemudugakerjatahu langsung menjawap sesuatu soalan, adalah lebih baik anda menjawap dengan – maaf tuan/puan saya tidak tahu namun saya akan cuba mencari jawapannya untuk menambahkan pengetahuan saya. Ataupun anda jawap dengan lebih sopan – maaf tuan saya tidak tahu kerana ia diluar bidang pengetahuan saya, namun jika tidak keberatan boleh tuan kongsikan maklumat itu untuk menambahkan lagi pengetahuan saya. Inilah jawapan saya ketika tidak mampu menjawap soalan yang dilontarkan dan penemuduga sangat sporting dan memberikan maklumat tersebut ketika itu juga dan alhamdulillah saya berjaya dalam temuduga tersebut. Ajaibkan. Atau mungkin ituah kuasa ayat manis hehehe..

Ada sebilangan calon temuduga tidak dapat mengawal perasaan hingga menangis bila tidak mampu menjawap berkali-kali soalan yang diberi. Kebanyakanya adalah calon temuduga kalangan perempuan yang pernah saya lihat sendiri keluar teresak-esak dari bilik temuduga dan merempan-rempan kat luar. Sampaikan saya pun terpsiko ingatkan penemuduga tu garang.

Persediaan sebelum hadir ke temuduga

Sebelum anda hadir ke sesi temuduga, anda perlu membuat sedikit homework iaitu membuat sedikit sebanyak penyellidikan berkaitan dengan organisasi tersebut. Kajian itu mestilah merangkumi tujuan organisasi, visi dan misi, struktur organisasi dan beberapa maklumat yang lain. Setidak-tidaknya pasti akan ada soalan dari temuduga tentang pengetahuan kita terhadap organisasi tersebut. Selain itu anda perlu menyediakan satu set resume yang lengkap dan menarik beserta dokumen dan salinan dokumen. Setiap dokumen mestilah disusun mengikut susunan yang betul. Dari situ juga penemuduga boleh membuat penilaian terhadap anda. Sedikit kesilapan pada dokumen boleh menidakkan peluang untuk berjaya dalam temuduga.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi tips temuduga, apa yang dikongsikan ini adalah dari pengalaman dan pengetahuan saya sahaja. Untuk adik-adik yang akan menghadiri temuduga, cuba cari sebanyak-banyak tips dan khusus pula untuk adik-adik yang dipanggil temuduga sebagai kakitangan kerajaan, mungkin anda boleh dapatkan tips lebih bernilai disini – Temuduga Kerja Kerajaan

(Visited 691 times, 1 visits today)
  • tip temuduga yang sangat terbaik untuk kita buat.. persediaan penting, yerla kalau gagal kali ini, untuk akan datang kena pastikan jangan pisang berbuah dua kali lagi…

  • ikutkan hati dah tak nak bekerja makan gaji .dan sebab itu tak kisah lagi untuk minta kerja dan temuduga..

  • Dah penah g intebiu 2 kali..yg 1st tu nervous gilos tp kali kedua ni x nervous lgsung..kali kedua ni tgh tggu kptusan klua..fuh

  • >
    %d bloggers like this: