Tips menjadi seorang forex trader yang berjaya | Olaoli.com

Subscribe untuk menerima post terkini dari OlaOli.com

 

First name

 

E-mail address

 

Tips menjadi seorang forex trader yang berjaya

Forex atau currency exchanger sudah semakin diterima dan menjadi pilihan orang ramai sebagai medium pelaburan. Seperti pelaburan-pelaburan lain, forex juga adalah pelaburan yang boleh jadi high risk atau lower risk. Ramai forex trader yang tersungkur dengan kerugian dan tidak kurang juga yang berjaya meningkatkan equity dengan lebih cepat dan singkat. Seperti juga pelaburan lain, kejayaan dan kegagalan forex trader adalah disebabkan banyak perkara. Banyak tips yang boleh diamalkan untuk menjadi trader yang berjaya. Saya akan berkongsi beberapa tips penting bagaimana hendak menjadi trader forex yang berjaya.

tips trader berjaya

Ilmu Forex

Sebagai seorang pelabur, setiap sen yang dilaburkan mestilah atas sebab yang telah dianalisis. Segala asas-asas forex, jenis-jenis indicator, money management sehinggalah strategi haruslah dipelajari terlebih dahulu. Untuk benar-benar memahami aspek-aspek yang tersebut harus mengambil masa sekurang-kurangnya 5-6 bulan. Banyak yang perlu anda pelajari cukuplah secara ringkas saya sebut antaranya high impact news, teknikal analisis, bentuk-bentuk candlestick, money management, jenis-jenis akaun, bagaimana pemilihan broker dilakukan dan banyak lagi. Jangan jadi sesetengah trader yang baru sahaja mengenali forex 2-3 minggu terus bukan real akaun dan mula trading. Akhirnya kecundang dengan kehilangan sepenuhnya deposit.

tips trader berjaya

Cari trader-trader berpengalaman yang boleh anda dekati untuk mendapatkan ilmu, pendapat dan nasihat berguna. Cuba hadiri kelas-kelas yang diadakan oleh mereka dan sertai group-group perbincangan melalui media sosial.

Latihan

Bila anda yakin sudah memahami, maka anda sudah boleh mula belajar trading menggunakan akaun demo yang disediakan oleh broker forex. Pada perimgkat ini selain belajar bagaimana menggunakan MT4, perkara yang penting adalah mula membina sistem trading anda sendiri. Mungkin berdasarkan indicator atau juga price action. Kebanyakan trader yang berjaya adalah trader yang menggunakan chart 4hour ke atas. Mereka ini adalah dari kumpulan long term trader atau swing trader yang biasanya akan memegang sesuatu entry sehingga berhari dan berminggu malah berbulan.

tips trader berjaya

Anda perlu mempunyai satu buku log atau catatan bertujuan untuk mengkaji sistem trading yang anda bina. Saya syorkan paling minima anda perlu masa sehingga 6 bulan untuk berlatih dengan demo akaun. Forex tidak seperti saham kerana volatility forex sangat tinggi. Forex juga membolehkan anda trading mencari keuntungan sama ada harga menaik atau menurun tidak sama seperti saham.

Strategi dan disiplin

Selepas sudah yakin, maka anda sudah boleh membuka akaun sebenar. Pada tahap ini seseorang trader seharusnya sudah memiliki keyakinan terhadap strategi yang di rancang. Maksud saya strategi ialah dimana, bagaimana dan sebab apa anda entry dan exit position. Perkara paling menakutkan bagi trader baru ialah apabila melihat entry nya bertentangan dengan pergerakan harga. Biasanya menimbulkan panik dan ketika inilah tergesa-gesa menutup position dan buka pula entry lain. Apabila sudah panik kebiasaanya anda tidak lagi berdisiplin untuk mengikuti strategi forex yang telah disusun. Pada pengalaman saya sendiri, memupuk disiplin dalam diri trader forex perlukan masa dan pengalaman dan ianya agak sukar untuk dimiliki dalam tempoh masa yang singkat.

Pengurusan kewangan (money management)

Pengurusan kewangan adalah sangat penting menentukan kejayaan seseorang trader. Bagi saya inilah kunci utama sama ada kita boleh berjaya atau tidak. Strategi seseorang trader sama ada berhasil mendapat keuntungan atau gagal bergantung kepada bagaimana pengurusan kewangannya. Saiz lot mestilah sesuai dengan equity yang ada. Setiap entry juga seharusnya ada Stop losss dan Take profit. Dan setiap entry jika loss mestilah sekadar 2-5% dari equity. Bagaimana kita boleh berjaya jika satu entry sahaja loss menyebabkan kehilangan sehingga 50% dari equity. Inilah kesilapan yang sering dilakukan oleh trader terutama trader yang masih baru berusia 1-3 dalam dunia forex.

Pemilihan Time Frame yang tepat

Kesilapan hampir sebahagian trader baru adalah kecenderungan untuk scalping atau kaedah trading jangka masa singkat dengan sasaran keuntungan hanya beberapa pips sahaja. Akibatnya mereka akan duduk dan berada di depan pc atau laptop 24 jam sehingga bersarang…hehe.. Ada juga sebahagian kecil, asal duduk sahaj depan chart maka wajib entry. Itu satu tindakan yang salah dan sangat tidak matang. Cukuplah sekadar berada didepan chart selama 30 minit untuk analisis. Elakkan dari berada di depan chart untuk tempoh yang lama, kerana ia akan menjadikan anda cemas dan terganggu. Apabila anda stress, analisis dan keputusan yang dibuat tidak akan jadi yang terbaik. Jadi nasihat saya jangan trade pada time frame yang kecil, trade lah dengan time frame yang besar. antara kelebihannya dapat menghindari false signal yang merugikan.

tips trader berjaya

Kesabaran

Dalam apa-apa pelaburan pun, aspek kesabaran perlu sentiasa ada. Jika anda seorang pelabur dalam hartanah pun anda perlu kesabaran dengan menunggu masa dan harga yang terbaik untuk membeli hartanah dan menjual semula pada nilai dan waktu yang tepat. Begitu juga forex, anda perlu bersabar menunggu harga turun atau naik kerana kita tidak mampu mengawal pergerakan harga. Kita hanya mampu menunggu dan mengikut kemana harga akan pergi. Apabila kita bertentangan maka kita tidak mampu membalas ‘dendam’ kerana bagaimana mungkin untuk melawan pergerakan bernilai puluhan trilion sehari.

Kesimpulan

Ada orang yang berjaya dan ada orang yang gagal dalam dalam pelaburan forex. Perbezaan antara 2 golongan tersebut sebahagiannya adalah 6 tips/perkara yang saya sebutkan di atas. Seterusnya nanti saya akan membincangkan pula beberapa strategi yang biasa digunakan oleh trader forex.

(Visited 561 times, 1 visits today)
Please follow and like us:
share
6 Responses

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)

RSS
Facebook
Google+
http://olaoli.com/tips-menjadi-seorang-forex-trader-yang-berjaya">
Instagram