Theme premium OlaOli - Olaoli.com

Subscribe untuk menerima post terkini dari OlaOli.com

 

First name

 

E-mail address

 

Theme premium OlaOli

Theme Premium OlaOli

 

Akhirnya aku redha juga untuk mengeluar sedikit kos untuk mendapatkan satu theme premium olaoli self host blog pertama aku ni. Jenuh juga berfikir banyak kali, nak beli ke tak nak. Hati besar kata tak nak atas alasan, tak usah la membazir sebab kita ni  newbie lagi. Tapi hati kecil ni yang tak berhenti-henti menendang-nendang usus aku sehingga akhirnya hati besar ku akur kepada hati kecilku. 2-3 minggu jugak aku search sana sini duk cari premium theme yang menarik hati.

Sebelum ni aku ada post satu article beginner step untuk buat blog self hosted. Masa publish post Bagaimana nak mula buat blog aku masih lagi belum merancang untuk mendapatkan theme premium ni. Sehinggalah beberapa komen masuk yang memberikan pendapat dan pandangan yang membuatkan aku berubah fikiran. Theme ni ialah Daily Theme aku subscribe di themejunkie dengan harga USD31.20. Harga sebelum diskaun adalah USD39. Diskaun yang diberi sebanyak 20% dan bagi aku kira banyak juga boleh save. Ada beberapa plugin juga diberi yang termasuk dalam harga tersebut. Plugin-plugin semua tu agak rare juga bagi aku sebab berfungsi untuk memudahkan nak edit css dan ntah apebenda lagi. Aku hampir-hampir nak subscribe genesis premium theme sebab banyak aku perhatikan blogger yang guna theme tu. Tapi aku mengalah bila melihat harganya  yang mahal. USD99 untuk satu theme aku belum mampu hehe..

theme premium olaoli

Theme Premium mudah diinstall

Asalnya aku risau juga adakah susah nak install premium theme ni macam yang free theme. Bila dah install dan aktivate sebenarnya adalah lebih mudah dari free theme. Dengan theme option kita boleh mengubah dan memindahkan kedudukan widget dengan mudah dan tersusun tanpa perlu banyak mengopy paste kod-kod html atau java. Theme ini menyediakan 6 jenis layout mengikut kesesuaian kita dan aku setting layout 3 kolum. Bahagian untuk meletakkan banner, link, video yang berkaitan dengan pengiklanan juga disediakan. Tidak perlu paste kod html iklan ke dalam ruangan text widget.

Terdapat 3 pilihan post listing style iaitu blog style, megazine style dan classic style. Style tu adalah bagaimana rekabentuk susunan post-post di blog kita. Aku pilih theme ni sebab aku suka yang berwarna putih sebab kelihatan bersih. Ye lah aku ni sejak lahir dan gelap. So semua barang aku termasuklah kereta, handphone dan cat rumah pun warna putih.

Dengan bersempenanya theme premium aku baru beli ni, maka dengan jakunnya aku telah meletakkan banyak banner pengiklanan di semua bahagian. Letak banner iklan blog juga merupakan pengalaman pertama aku. Pada mata aku, banner banner iklan ni menjadikan blog macam menarik. Ingat ye, pada mata aku la. Mungkin orang lain tengok berserabut

(Visited 152 times, 1 visits today)
share
12 Responses

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge