Tag: pelan internet unifi lite

Pelan internet celcom fibre dan Unifi lite

Pelan internet celcom fibre dan Unifi lite

Celcom fibre atau unifi lite akhirnya dua-dua sekali

Kat rumah teman ni ada 2 jenis line internet. Pertamanya adalah Unifi lite 10mb dan kedua ialah celcom fibre 30mb. Mesti korang pelik kan dah kenapa pulak sampai pakai 2 line internet ni. Sebenarnya bukan teman suka pun nak pakai 2-2 ni tapi teman tersilap…aduh duh…

celcom fibre dan unifi lite

Unifi Lite 10 mbps

Semua ni bermula pada bulan Julai yang lalu. masa itu teman dah tak mampu nak menahan api kemarahan yang menyala-nyala akan perangai lembap streamyx. Time tu teman pakai streamyx 4mb dengan kadar harga RM 88.

jangan fikir teman ni kebelakang sangat ye…

yang ketinggalan belakang ni adalah penyedia internet tu sendiri sebab tempat teman ni cuma ada streamyx sahaja.

Jadi teman telah pergi ke TM untuk terminate streamyx dan selepas tu bercadang nak subscribe infinity package from digi. Tetapi nak jadikan cerita setiba di TM office mereka bagitau perumahan teman tinggal dah ada unifi lite 10 mb.

Tercengang teman sementara… digi infinity tu ada kelemahan juga sebab infinity digi tu macam pakai line telefon.

kalau dalam rumah signalnya turun naik tak berapa nak stabil. Jadi bila buat perkiraan kos Unifi lite lebih murah iaitu RM 134 termasuk SST. Akhirnya… teman ambil package unifi lite tu. Ok habis cerita kat unifi lite tu..

celcom fibre vs unifi lite

Celcom Fibre 30 mbps

Lebih kurang sebulan kemudian balik kerja tengahari tiba-tiba kat grill rumah ada orang slip flyer celcom fibre.

Mak aiiii…rupanya celcom home fibre dah ada masuk area perumahan teman dah. 30mb dan 100 mb package yang mereka sediakan. OMG…

Jadi kenapa agaknya menyebabkan teman subscribe gak celcom fibre tu..

Sebab teman dan anak kat rumah ni streaming game. Hari sabtu dan ahad memang kami akan streaming 2-3 jam. Streamyx dan unifi lite tak cukup kelajuan nak support streaming. Jadi selama ini kami streaming hanya gunakan hotspot line digi teman je.

celcom fibre dan unifi lite
celcom fibre

Kat situlah yang teman rasa perlukan sangat celcom fibre ni. Tapi 30mbbps celcom fibre berharga RM 84 termasuk SST. Jadi RM 84 + RM 134 sama dengan RM 228 sebulan. Pergh…nak batalkan unifi lite kena pulak penalty RM500.

Teman pejamkan mata je ambil jugak.

Allah sangat menyayangi teman, bulan 1/9/2019 harga unifi lite turun kepada RM 103 termasuk SST.

Lebih lagi menarik apabila teman berjaya unsubscribe hypptv yang ada dalam pakej unifi lite dan harga terkini hanya RM 68 sahaja. So semua sekali teman hanya tanggung RM 152 sebulan. Teman dah berjaya save RM76.

unifi lite

Kelebihan dan kelemahan celcom fibre dan unifi lite

Asalnya teman nak terminate juga unifi lite ni hujung tahun depan walaupun kena tanggung penalti. Sebab lebih untung bayar penalti dari teruskan dengan kontrak selama 24 bulan.

Tapi selepas 2 bulan guna celcom fibre dan unifi lite ni serentak, teman rasakan perlu untuk terus subscribe unifi lite ni.

Kelebihan unifi lite:

  • Lebih stabil
  • sangat sukar sistem internet down
  • capaian router yang lebih jauh sehingga kesebelah rumah

Kelebihan celcom fibre:

  • lebih laju sesuai untuk streaming
  • dual band iaitu 2.5 dan 5.0ghz.
  • boleh pasang cctv

 

Kelemahan:

  • tak cukup laju untuk streaming dan layan netflix
  • tak ada band 5.0 ghz

Kelemahan celcom fibre:

  • line kerap alami turun naik
  • setting mudah lari terutama jika blackout dan shock kilat
celcom fibre vs unifi lite
celcom fibre vs unifi lite

Perancangan selepas habis kontrak 2 tahun unifi lite

Seterusnya teman ada planning selepas habis kontrak 2 tahun unifi lite ni. Dari segi kos sebenarnya agak rugi kalau kekalkan kedua-dua internet ni sekaligus.

Lagi pulak tak ada kelebihan pundari segi speed internet iaitu sekadar 30 mbps. Sedangkan kos untuk dapatkan 100mbps hanya RM 126 termasuk sst. Sedangkan kini teman perlu menangung sehingga RM158 sebulan.

Namun buat masa ini teman tak begitu yakin lagi dengan stability celcom fibre ni. Mungkin sebab ia masih baru lagi wujud  kata area taman perumahan teman ni.

Jadi ada baiknya rilex dulu guna 2-2 sekali. Sebab kadang-kadang celcom fibre ni bila dah lari setting nak tunggu orang datang berulkan balik ambik masa sampai 2 hari..

Jangan silap membuat pilihan.

Korang perlu sabar dan rancang baik-baik jangan buat kesilapan macam teman. Walaupun kesilapan teman dah terbuat, tetapi dalam masa sama ada juga hikmahnya. tapi itu tak terpakai la pada korang yang lain.

Lagi pun area teman ni tempatnya agak mundur sikit jadi berbanding tempat lain. Apabila terambil dua-dua sekali iaitu celcom fibre dan unifi lite mungkin juga satu kaedah yang terbaik untuk kekal dapatkan line internet yang berterusan.

Cumanya perlu menanggung kos yang lebih besar

>
Ada masalah mari kita sembang