Tag: kedai dobi layan diri

Basuh pakaian di kedai dobi layan diri

Basuh pakaian di kedai dobi layan diri

Hari raya punye pasal buat pertama kali dalam sejarah 11 tahun terakhir aku basuh pakaian di dobi layan diri. Dulu last guna semasa di batu pahat kat dalam kolej hanya dengan kos RM 1 untuk 8 kg kain.  Lame dah tu.  Di daerah aku tinggal sekarang ni sebelum ni memang tak pernah ada dobi layan diri ni.

Tahun 2018 secara tiba-tiba kedai dobi layan 'bercambah' dengan banyaknya sehingga 1 baris bangunan berderet 3 buah kedai. . Jika sebelum ni ada kedai dobi biase je. Eh kot-kot ada yamg tak tau apa itu dobi boleh la baca di sini. Jangan tak tau ye dobi asalnya dhobi adalah satu pekerjaan kelompok rakyat di india dari dulu lagi iaitu membasuh pakaian. Bukan perkataan 'mat saleh' ye.


Punca ke dobi layan diri

Seperti yang aku cakap tadi, punca aku menjejakkan kaki ke dobi layan diri ni adalah kerana hari raya.

Kenapa pulak sebab hari raya??

Hari raya ni 3 kali kami buat open house. 3 kali open house disebabkan ada 3 'geng'. Geng kerja bini aku, geng kerja aku dan geng anak-anak aku. Maklumlah kami beraya di perantauan. So jarak antara open house ni tak jauh. Beza 2 hari sekali. Hari raya ni macam jugak hari-hari biasa, sehari tak basuh pakaian maka semakin menimbun. Disebabkan hari raya orang akan bertandang ke rumah maka kami pun rasa agak segan nak jemur baju sebab tempat jemuran yang ada hanya di halaman depan.

Jadi semakin hari maka semakin berbakul-bakul pakaian kat bilik belakang yang tidak dibasuh. Lepas habis raya ke tujuh baru lah basuh pakaian. Timbul pulak masalah sebab mesin basuh setakat 7 kilo je. Tambahan lagi ada satu set jemuran je. Time tulah terpikir nak hantar kedobi dan ketika itu jugak teringatkan dobi layan diri yang selalu nampak. So ini masanya nak try. Maka dengan hebatnya 4 bakul penuh pakaian 1 keluarga 8 orang masuk ke dalam belakang avanza. 

Kedai dobi layan diri sekarang berbeza.

Dengan yakinnya aku bawak turun semua bakul berisi pakaian dan masuk menuju mesin basuh di kedai dobi. Terus cari lubang syiling. Untuk pengetahuan korang memandangkan kali terakhir 11 tahun dulu guna dobi layan diri pakai syiling maka RM15 aku cedok duit syiling anak-anak.

Aku tanya awek sebelah(tak pasti masih anak dara atau bini orang), kat mana nak masukkan syiling.

Awek tu jawab "nak masuk syiling?".

Terus aku senyap, dalam hati "adakah teknologi sudah berubah??"

dobi layan diri

Mungkin die perasan aku confius, dia jawab "bang kita tak masuk syiling kita masukan token. 1 token RM1 tapi kena beli kat mesin token tu. Sekali guna mesin basuh kena masukkan 3 token"... Mak ai main token pulak dah..

Dengan muka paling hensem yang pandai merendahkan diri, "oo ye ke dik. Alahai abang ni primitif sikit maklumlah orang lame",

​Ketawa awek tu bila aku cakap begitu

Nampak lawa dan ayu pulak awek atau isteri orang tu huhu..

Kos dobi layan diri dengan dobi biasa

Kos antara kedai dobi layan diri dengan kedai dobi biasa memang agak jauh bezanya. Ukuran sebelum ini untuk 2 bakul pakaian biasa di hantar ke kedai dobi biasa di caj sebanyak RM 12 kering dan siap lipat. Di kedai dobi biasa RM 3 tetapi perlu dijemur sekejap dan tidak dilipat. Tapi memasing ada pro dan kontra lah. Kalau kita ni jenis pemalas dan nak cepat serta banyak duit baik hantar ke dobi biasa. Tapi kalau kita rajin dan tak perlu tergesa-gesa cari pakaian better hantar dobi layan diri.

kedai dobi layan diri

Selain tu kalau dobi layan diri ni kita boleh nampak tahap kebersihan(kesucian tidak pasti) dan prosedurnya sebab kita yang uruskan sendiri berbeza dengan hantar ke dobi biasa yang kita tak nampak macam mana mereka basuh pakaian kita. ​Tapi tetiba teringat isu viral kes kedai dobi hanya untuk muslim sampai sultan pun bising-bising.

Rasa bergaya di dobi layan diri

Aku tak tau sama korang faham ke idak tajuk di atas ini rasa bergaya di dobi layan diri. Inilah yang aku rasa, macam hebat dan bergaya pulak. Sambil tunggu antara 30-45 minit pakaian tu di basuh, boleh order minuman dan makanan ringan seperti burger dan french fries. Duduk kat sofa sambil mata memandang tv bersaiz 42 inch yang ada di dalam kedai tu.

Masa tu juga time untuk bukak ipad tengok blog dan affiliate akaun kot-kot ada sell sangkut (yang ini datang untuk kali yang berikutnya). Dan sehingga hari ni, dah 3-4 kali aku pergi ke kedai dobi tu sampai bini pun heran ape ke halnya nak hantar ke dobi padahal boleh je basuh kat rumah.

Alasan aku "kalau kita jarang gunakan mesin basuh tu jangka hayatnya mungkin lebih panjang". Tergelak dia. Tapi dia memang tau sebab apa aku suka melepak kat kedai dobi tu. Bila aku duk kedai dobi tu aku dapat banyak ilham hahaha..kalau korang perasan kan sejak akhir2 ni aku makin kerap post blog. Semua post yang baru ni kebanyakannya draft kat kedai dobi tu lah.. enkome jangan kate teman gile pulak.


Kedai dobi layan diri pernah menjadi viral apabila timbul isu sebuah kedai dobi hanya untuk orang Islam dan dilarang kepada bukan islam. Pemilik kedai dobi tersebut telah menerima kritikan terutama dari bukan islam malah orang islam juga. Sehinggakan isu tersebut mendapat perhatian sultan yang memberi kata dua kepada pemilik kedai tersebut. Akhirnya sipemilik terpaksa akur...



>