Siswazah menganggur perkara biasa

Siswazah menganggur perkara biasa

Siswazah menganggur perkara biasa

Banyak kali dah kita dengar samaada di berita tv atau akhbar tentang beribu-ribu siswazah universiti yang menganggur. Malah ada yang menganggur lebih dari 5 tahun. Kalau yang menganggur 2-3 tahun tu lagi lah bersepah. Aku pun pernah menganggur lebih kurang 9 bulan sebelum dapat kerja. Lama juga tuk tu. Emm..apa yang aku baca istilah menganggur adalah seseorang yang langsung tiada pekerjaan atau sedang mencari kerja atau kerja kurang dari 2 kali seminggu. Aku taklah begitu. Ketika tu aku ada kerja tetapi aku anggap diri sebagai seorang penganggur kerana pekerjaan(gaji) aku jauh lebih rendah dari kelulusan aku sebagai seorang siswazah.

siswazah menganggur

Pengalaman aku sebagai siswazah menganggur

Ketika ramai rakan-rakan yang terus posting lepas graduate, aku masih lagi terpinga-pinga menanti surat offer kerja atau panggilan interview. Sorang-sorang member sekelas bergerak ke lokasi bekerja, aku masih dikampung menanti. Disebabkan aku perlu duit dan aku bukan orang senang, maka aku juga bertindak mencari kerja dengan niat ‘kerja sementara’. Macam-macam gak kerja aku buat dalam tempoh 9 bulan. Kerja kampung ambil upah potong dan angkut sawit. Pernah sekejap kerja kilang. Pernah kerja hantar tong gas. Antara 3 pekerjaan yang aku pernah buat ketika mengganggur, kerja hantar tong gas adalah paling lama.

Mula-mula aku hantar gas di Kapar sebelum pindah kat area Puncak Alam. Aku kerja kat Puncak Alam lebih kurang 4-5 bulan. Mesti korang ingat hantar gas naik lorikan? Tak, aku hantar gas naik motor je. Tokey aku dipanggil Abang Din, orang Kelantan bekas tentera yang menetap di Puncak Alam. Aku anggap dia dah macam abang aku sendiri. Banyak membantu aku semasa berkerja dengan dia. Kat area Puncak Alam tu Bang Din ni adalah Sub dealer untuk gas Petronas. So dia ada 2 orang pekerja dan salah seorangnya adalah aku.

Kerja hantar tong gas

Kerja ni aku dibayar upah mengikut berapa banyak tong gas yang aku hantar. Sehari dapatlah antara30-40 tong. Upah juga adalah berbeza mengikut tempat bukan jarak. Kat puncak Alam tu di bahagikan kepada 3 kategori. Teres, flat tingkat 1 atau 2 dan flat tingkat 3 atau 4. Untuk hantar kerumah teres aku cuma dibayar RM 1 setiap tong gas. Kalau rumah flat tingkat 1 atau 2 aku akan di bayar RM 1.50. Manakala rumah flat tingkat 3 atau 4 aku akan dapat RM 2 setiap tong. So sehari boleh la dapat antara RM40 – RM80.

Tempoh kerja pulak memang lama..dari pukul 6.30 pagi sampailah 12 malam. Dalam tempoh tu kena standby sambil-sambil tengok tv. Ada call mintak hantar start motor terus pegi hantar. Letih memang letih. Hantar kat rumah teres atau tingkat 1 rumah flat takde hal lagi. Tapi bila ada order hantar kat tingkat 2,3 dan 4 memang stress. Lebih letih bila ada rumah yang order 3 tong sekali. Maknanya aku kena hantar tingkat 4, 3 biji tong gas dan bawa turun 3 tong gas kosong. Letih tak tercakap, masa awal-awal kerja terutama minggu pertama, sampai muntah-muntah tepi jalan. Kerja 7 hari seminggu, Sabtu dan Ahad tak cuti.

Bila masuk minggu ketiga mungkin tubuh badan aku dah serasi dengan kerja tu termasuk dah faham teknik angkat yang betul so kalau setakat 3 biji tong gas hantar tingkat 4 tu rilek je. Itulah kerja aku berterusan hampir 5 bulan. Dalam masa bekerja tu banyak resume kerja aku hantar. Bermacam temuduga aku pergi. Berkat kesabaran menunggu, akhirnya dapat gak panggilan akhir tahun 2006.

siswazah menganggur

Semasa di era sebagai siswazah menganggur

Era ketika aku diiktiraf sebagai siswazah menganggur adalah antara waktu yang getir dalam hidup. Ketika itu aku menjadi bahan komen dan kritikan saudara-mara dan jiran tetangga. ‘itule ropenye..penat2 belajor tinggi2 tak kemane juge’ elok lagi sipolan bin sipolan tu belajor spm je tengok dah kawin  dah ada kereta’ Stress wei… Mujurlah mak aku, awek aku(isteri) banyak membantu dari aspek kewangan mahupun psikologi. Kalau tak mau aku baling ngan kasut getah je kat muka orang yang mengutuk tu.

Nasihat aku pada penganggur sekalian,

  1. jangan putus asa, terus berusaha cari kerja. hantar lah sebanyak manapun resume. Umpama beratus kali kita baling joran, mungkin sekali sekala kena.
  2. jangan memilih kerja. jangan nak kerja yang kena ngan course je. grab je ape2 kerja sekalipun. kemudian belajarlah tentang kerja tu.
  3. jangan dapatkan kerja atas budaya rekemen..dapatkan kerja dengan kemampuan dan kebolehan diri. jangan rampas hak orang lain. Tak berkat.
  4. dan sentiasa lah berdoa agar diberi rezeki halal. tak kisah la kerja apapun. nanti Allah akan bagi berlipat kaliganda lebih bagus dari apa yang kau mintak.

Sekian terima kasih

(Visited 1,454 times, 1 visits today)
  • Mula-mula kerja jer apa pun janji kerja. Walaupun kerja kita itu tidaklah setaraf dengan ijazah kita namun begitu ini adalah waktu terbaik untuk mengumpul duit untuk start up bila sudah dapat kerja tetap nanti.

  • Grab kerja yang ada, sementara dapat kerja yang lebih baik.

  • persaingan semakin sengit… so kita nak kena kreatif.. memang susah nak dibandingkan dengan yang ada pengalaman dengan kosong fresh-graduate . yang penting kita kena buktikan yang fresh nih ada kelebihan yang majikan boleh nampak dari segi kotmitmen kerja..

  • kena kreatif diorg ni, memang kesian sbb time2 ekonomi negara camni.. hmm

  • Mahal pengalaman tu… tak ramai yg tau trick angkat tong gas. Kalau tengok trend kerja skrg ni, siapa yg ada degree accountancy lebih bernasib baik drp yg lain, even yg medic. Guru2 sekolah pun ramai yg x menggalakkan pelajar sambung bljr ke U, kecuali kalau pelajar tu slalu dpt result yg baik. Form 6 lg out. Mereka syorkan pelajar terus ambik kursus kemahiran, dan kemudian bila sdh dpt kerja tetap, baru ambil ijazah pjj. Dua tiga thn lg, entah mcm mn.

  • InsyaAllah ada tu rezeki setiap orang. Yang penting jangan givap dan usaha jangan henti.

    Do it NOW or NEVER! 🙂

  • perlu lebih agresif dan kreatif, walaupun tidak dapat kerja seperti yang kita belajar, boleh buat kerja lain. Janji rezekinya halal untuk kita.

  • Sekarang ni memang susah nak cari pekerjaan kalau memilih sangat. Beribu-biru (mungking juta) graduan yang keluar sebagai produk univesiti setiap tahun.

    Kena ambil peluang.. mungkin pekerjaan itu susah pada mulanya tapi lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan

  • Mula-mula hendak mencari pekerjaan pilihan kita memang macam-macam kita akan tempuhi.

    Apa yang penting kesungguhan kita dalam mencari rezeki. Malah apa pekerjaan yang kita dapat perlu ikhlas melakukannya.

    Belajar daripada pengalaman. Yang penting jangan berputus asa. It’s now or never.

  • Nak dapat zaman sekarang ni lebih dukar berbanding zaman saya masa.muda-muda dulu… sebab persaingan semakin besar.
    Walaubagaimanapun kena sentiasa berusaha… jangan berputus asa.. Dengan izin Allah S.W.T rezeki dapat kerja akan tetap ada.. In Shaa Allah..

  • Pengalaman perit kita mencari rezeki itulah yang mematangkan kita di samping menjadi peluang kepada “pintu” rezeki yang lebih baik.

    Kagum cerita pasal tong gas tu. Confirm tak ramai yang sanggup buat

  • Isu ni memang tiap tahun akan keluar. Sampaikan kadang-kadang banyak dikalamgan siswazah ni dah macam pasrah. Tapi bagi yang bijak atur urus langkah masa depan. Mereka ni golongan yang sedikit advanced. Kalau tengok sekarang ni siswazah boleh jadi lebih berduit dari orang yang berkerja 9-5. Ramai yang dah ceburkan diri dalam perniagaan kecil kecilan walaupun masih dalam tempoh belajar.

    Secara tak lansung, menganggur tu bukan jadi isu lagi.

    Tapi tak ramai bakal siswazah berfikiran macam ni. Banyak yang kata, tak mahu pening2 cari duit lagi dan fokus utk ijazah.

    But trust me, now adays.. ijazah atau tidak ia bukan penentu dimana kita berada esok. Tapi apa yang kita lakukan hari ni akan guide apa akan kita jadi suatu hari nanti.

  • Saya sangat setuju dengan post ini.

    Saya juga pernah buat pelbagai kerja sementara menunggu posting (lebih kurang 6 bulan). Alhamdulillah pelbagai pengalaman saya dapat. Yang penting jangan berasa sombong dan memilih kerja.

  • ramai yang menganggur sekarang ni. ada pulak company yg hanya nak calon 5 tahun pengalaman. adeh..

  • Pernah juga ada pengalaman menganggur lebih kurang setahun. Dalam masa yang sama stress sbb kawan2 lain dah mula bekerja dan mula mempunyai komitmen. Setiap hari tak lepas dari update resume dan hantar ke berpuluh2 company. Tak kira jawatan apa yang ada. Semua sebat. Pastu dengan interview yang ada boleh dijadikan sebagai pengalaman untuk perbaiki cara berkomunikasi dan menaikkan keyakinan diri. Yang penting jangan pernah putus asa. Jika hari ini tiada rezeki bermakna belum tentu akan datang rezeki tidak akan datang. InshaAllah, rezeki itu ada.

  • >
    %d bloggers like this: