Selepas 2 tahun…

Selepas 2 tahun…

Oh mai gad.....

2 tahun tak post blog menjadi laman sesawang yang betul-betul bersawang. Cuma tidak nampak lagi labah-labah. apa dah jadi dengan 2 tahun. tak banyak perkembangan dalam tempoh 2 tahun pkp ni. kebanyakan masa hanya duduk di rumah bekerja dari rumah.

21/3/2022 hari pahit untuk teman... mak pergi untuk selama-lamanya.. hilang dah mulut yang sentiasa dan sangat berkat doanya untuk teman. Perpisahan sementara sebelum dikumpulkan bersama-sama di akhirat nanti. Semoga roh mak, teman dan kita semua ditempatkan dikalangan kekasih Allah S.W.T.

2/2/2022 minggu yang sangat menyiksakan apabila kami sekeluarga dijangkiti virus covid 19. Semua demam. Sorang anak teman masuk wad sebab muntah dan ada darah dalam muntahnya. Alhamdulillah 1 minggu semua recover. terima kasih kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu kami.

18/12/2021 Alhamdulillah selepas kali terakhir balik bulan 12 2019, kami dapat gak flight balik. Dapat kami berjumpa dengan arwah mak masa tu. Keadaanya yang semakin kritikal masa tu memang hati teman terdetik buat pertama kali yang mak takkan boleh bertahan lama. Teman dari dulu cukup takut jika hati teman terdetik menyatakan kematian kepada orang yang teman lihat yang kebiasannya berlaku.

30/9/2021 teman beli kancil secondhand. teman dah lama teringin nak ada kereta kancil. sebab masa teman belajar dulu selalu bawak kancil sewa. Lagipun dengan adanya kancil buruk ni senang la nak ke pasar ke atau kedai dekat dengan rumah. Yang bestnya kancil ni minyak memang jimat dan senang nak jaga.

1/4/2021 alhamdulillah wife teman dapat gak rebut kereta idaman dia yang baru keuar 4 hari. Corolla cross. Asalnya dia nak ambil rush tapi jatuh cinta pulak kat Cross yang masa tu baru display. Punya di nak sampai display tu yang dia booking. First in town katanya masa tu. G spec je warna putih. Ok jugak la cross ni.

23/3/2021 ntah macam mana wife aku dislocate lengan kanan. teruk gak sampai tak tidur malam dan kebas seluruh tangan kanan. pucanya kat sekolah duk susun meja kelas. sampai tergeliat. Malam terus bengkak biru lengan. 2 hari mc sebab sakit sangat.

1/10/2020 tarikh teman jadi member golf club. golf kelab yang termurah di Malaysia. akibat pengaruh kawan-kawan, akhirnya teman jadi golfer hehehe...untuk pengetahuan kome, main golf ni best yak mat. teman dulu selalu kutuk member-member main golf. sekali teman sedar betapa game ni best dan susah yakmat.

(Visited 1 times, 1 visits today)
>
%d bloggers like this: