Safety Harness untuk keselamatan anak

Posted on 3 min read 38 views

Safety Harness untuk keselamatan anak

Semenjak dua menjak ni, banyak sungguh kes kehilangan anak terutama bawah umur 10 tahun. Di facebook, di dada

PinitSafety harness
akhbar dan banyak jugak yang keluar di berita televisyen. Kebanyakannya hilang sebab keluar rumah sorang diri, pergi ke kedai, balik sekolah dan yang lebih malang hilang ketika bersiar-siar bersama ibu bapa. Yang hilang bersama ibu bapa nilah yang hamba nak sentuh. Sebab hamba sendiri ada 5 orang anak. 2 orang yang sulung boleh dikawal dengan mudah sebab mereka tak akan jauh dari ayah dan mama. Yang perempuan, lebih senang sebab nak jalan mesti kena pegang tangan. Dan yang bongsu dalam kawalan sebab dalam kereta sorong dia. Tapi ada masalah dengan anak lelaki hamba yang nombor 3, aktif sangat kalau keluar rumah. Tak tau berjalan. Mesti nak berlari walaupun jenuh dimarah. Umur dah 6 tahun. Jadi dia nilah hamba tambat guna Safety Harness setiap kali kemana-mana. Tali safety harness yang orang cakap a.k.a tali anjing tu.

Isu Keselamatan

Anak hamba ni pernah hilang 10 minit masa kami shopping kat Tesco ketika berumur 5 tahun. Masa mamanya membelek-belek pakaian dia menyusup masuk celah-celah pakaian tergantung kat kedai tu. Itu memang perangai dia. Hamba  tunggu je kat pintu masuk. Tujuannya nak elakkan dia berlari keluar dari kedai tu. Bila dah selesai mamanya bayar pakaian, panggil dia tapi tak berjawab, jenuh juga mencari. Dan lebih terkejut, kami tak perasan kedai tu ada satu lagi pintu di sebelah kiri. Hanya tuhan je yang tau betapa nak luruhnye jantung ni. Hamba pass anak perempuan kat tangan wife, bagai nak gila hamba berlari sana sini pastu terus ke arah escalator. Masa tu la secara tak sengaja terpandangkan dia, rupanya dia duk atas kerusi urut  kat tepi escelator. Duduk bagaikan orang tua yang sakit badan nikmat diurut kerusi urut. Terus hamba tertinggung melepaskan kesesakan jiwa bagaikan nak putus nyawa. Pastu pergi kat dia, satu lempangan hinggap kat pipi. Hambik hang!..melalak

Safety Harness a.k.a tali anjing

Pinitsafety harness
Sejak itulah asal keluar je memang kena tambat kat pinggang. Pakaikan dia beg dan hujung tali tu hamba ikat kat tangan. Panjang dalam 2.5 meter. Kira oklah dapat la jugak dia nak berlari lari tapi tak jauh. Masa mula-mula pakai tu orang asik memandang je. Ada yang tersengih-sengih, ada yang buat muka pelik dan ada jugak yang berbisik-bisik. Sebab agak jarang dapat tengok ibu bapa yang guna safety harness untuk anak-anak. Mungkin juga anak mereka baik-baik tak macam anak hamba ni. Masa tu la bila baca kat facebook ramai orang pandang negetif  isu penggunaan tali keselamatan tu. Ada yang kata ibu bapa layan anak tak ubah macam bawa anjing bersiar-siar. Mentality macam ni mungkin ada di Malysia je kot. Sebab di negara-negara maju penggunaan Safety Harness kat anak ni memang satu perkara yang normal dan tidak mendatangkan perspektif negetif.

Keselamatan adalah keutamaan

Memandangkan kes kehilangan anak-anak kecil yang semakin meningkat, parents perlu mengambil tindakan yang berkesan untuk melindungi anak masing-masing. Pada pandangan hamba, tak patut kita mengambil pusing kata-kata negetif masyarakat. Macam hamba sendiri, hamba yakin orang yang duk berbisik-bisik tu kemungkinan besar cenderung kepada mengkritik. Tapi apa mau peduli, sat lagi kang kalau anak kita hilang apa yang mereka akan bantu. Malah mengutuk kita pula sebab tak tau jaga anak.

(Visited 360 times, 1 visits today)
Please follow and like us:
Pinit
  • >
    Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

    Enjoy this blog? Please spread the word :)