​Nah....6 bulan aku menyepi...baru la ni teringat rupa-rupanya aku masih ada blog. Blog olaoli.com. emm...so barulah aku nak mengepost. 6 bulan tak blogging bukan sebab berhenti. tetapi kerana ada benda lain yang aku tengah taksub mengadap. Sebelum ni aku ada post tentang aku build satu pc gaming tak silap bulan march yang lepas. Korang boleh baca kat sini bina ​pc sendiri. Bila dah siap.... apa lagi mengadap game je lah asal ada masa lapang. 

beza ssd dengan m.2 ssd

​Apa itu hdd, ssd dan m.2 ssd

Dari semasa ke semasa aku mengupgrade beberapa item sama ada dalam pc atau pun benda lain seperti headset, keypad dan mouse. Tapi untuk hari ni aku nak kongsikan tentang apa perbezaan antara hdd, ssd ​dan M.2 SSD. Kebanyakan rakyat marhein ni mengenali storan ​di pc atau laptop sebagai hdd harddisk yang biasa kita lihat bersaiz gedabak besar. Sebenarnya banyak lagi storage yang lain yang sekarang menjadi pilihan utama. Salah satunya adalah ssd. SSD lebih laju jika dibandingkan dengan hdd sebab ssd menggunakan cip elektronik sepenuhnya berbeza dengan hdd mekanikal ataupun moving parts. Pada pendapat aku boleh dikatakan kelajuan ssd antara 15-20 kali ganda lebih laju dari hdd. ​

beza ssd dengan m.2 ssd

​M.2 ssd pulak adalah satu lagi teknologi storan yang lebih laju jika dibandingkan dengan ssd dan hdd. M.2 ssd dengan ssd sebenarnya sama-sama menggunakan cip elektronik tetapi perbezaannya adalah connector ke Motherboard. Ssd masih menggunakan connector sata cabel tetapi M.2 ssd pulak dipasang pada slot pcie slot pada motherboard. Namun tak semua motherboard ada menyediakan slot pcie untuk m.2 ssd. So kalau nak guna m.2 ssd kena pastikan yang motherboard kita ada slot tersebut.

​​Kelajuan hdd, ssd dan m.2 ssd

Ketiga-tiga jenis storan ni memliki kelajuan yang berbeza.  Kelajuan M.2 ssd adalah yang paling tinggi diikuti ssd dan hdd. Bacaan ssd untuk seagate barracuda 250gb adalah 540MB/s readup dan 540MB/s write up. Untuk M.2 ssd yang aku pakai (256gb XPG 8200 pro) adalah 3500MB/s read up dan 1200MB/s untuk write up. M.2 ssd ni baru dalam 3 minggu aku pasang dikomputer dan sangat berbaloi digunakan. Jika ssd aku dah rasa laju, dengan M.2 ssd pc aku lebih laju.

beza ssd dengan m.2 ssd

Perbezaan lain adalah saiz. Seperti biasa saiz hdd adalah yang paling besar dan berat. Ssd lebih besar 4-5 kali ganda berbanding saiz M.2 ssd. Aku tak dapat nak share gambar saiz hdd, ssd dan m.2 ssd sebab aku dah pasang kat pc. tapi gambar paling atas tu adalah perbandingan saiz. untuk tambahan Ssd dan m.2 ssd lebih tahan panas berbanding dengan hdd kerana ia takda moving part atau benda berpusing seperti dalam hdd. Kalau hdd nonstop 2 jam guna preimere pro mula akan terasa la stuck sikit. tapi ia tak berlaku pada jenis ssd. Begitu juga dengan gaming. Gamers akan cari ssd atau m.2 ssd untuk pc mereka. sebab kelebihan pada load time dan ada peningkatan pada fps. Dan kebisaanya kita akan gunaa ssd atau m.2 ssd untuk simpan data utama seperti windows, game, priemere pro dan lain-lain yang kita anggap 'berat'. Masa untuk boot window adalah antara 10-15 saat bagi ssd atau m.2 ssd. kalau hdd pc aku sebelum ni tak kurang dari seminit walaupun saiznya sama saja.

​Perbezaan harga

​kalau speed dah berbeza maka harga juga pasti berbeza. Pengalaman sendiri hdd 500gb aku beli pada harga RM85. SSD 250gb  RM179 dan M.2 ssd 256gb Rm 214.  Kat situ kita boleh nampak walaupun hdd saiz paling besar tapi harganya cuma rm 85 sahaja berbanding ssd dan m.2 ssd lebih mahal walaupun saiz storan yang lebih kecil.

beza ssd dengan m.2 ssd

​Kesemua storan tu aku beli kat shopee kecuali ssd yang dibeli dikedai. Jika korang nak upgrade rasanya baik beli dari online shoppee atau lazada sebab harganya lebih murah berbanding beli di kedai. Tapi kalau korang jenis tak sabar baik terus pergi kedai je.

Golongan yang memerlukan ssd atau m.2 ssd

​haaa...bukan nak paksa tapi nak bagi cadangan sahaja. ok jika korang gamers...atau designer yang menggunakan software latest...atau pun mungkin orang yang tak sabar menunggu...atau mungkin juga korang nak rasa kelainan speed pada pc atau laptop korang...maka bertukarlah dari hdd ke ssd. Sebab once dah rasa ssd mungkin korang tak gunakan lagi dah hdd. Mungkin hdd hanya sebagai storan tambahan untuk menyimpan hasil kerja.

beza ssd dengan m.2 ssd

Lagipun tak rugi kalau korang tukar sebab lepas ni  boot jadi laju, copy paste speed lebih laju, nak bukak apa-apa semuanya lebih cepat. dari segi harga jangan risau...setakat ni harga sedikit rendah berbanding time aku beli. Biasalah barang-barang elektronik ni harga makin turun tambah lagi jika ada penemuan teknologi baru.

(Visited 61 times, 1 visits today)
  • tak lama lagi harga SSD akan murah bila ramai yang akan gunakan teknologi ni

  • memang lama dah nak tukaq ke ssd ni.

    tunggu time tak sibuk la.

  • saya dah guna SSD dan ternyata sangat laju walaupun saya guna jentera elektronik yang sudah tua dimamah usia…

    next pula pakai M2 SSD pula jika yang saya guna ini ada masalah..

  • >
    × How can I help you?
    Ada masalah mari kita sembang
    %d bloggers like this:
    © 2016 - 2019 OlaOli.Com design by OlaOlico. All Rights Reserved.