Pendapatan Sampingan Keluarga

Pendapatan Sampingan Keluarga

Pendapatan Sampingan

Dengan dunia yang segalanya dah mahal ni, maka semakin gilalah manusia bekerja mencari rezeki. Siang kerja, malam kerja kadang-kadang tidur pun termimipikan kerja. Semua kerja tujuannya adalah untuk mencari rezeki. Nak tambah pendapatan untuk menangung kehidupan harian keluarga. Bagi individu yang bekerja tetap, masih juga berusaha mencari atau melakukan satu pekerjaan di luar waktu bekerja untuk mencari pendapatan sampingan. Bukan nak kata korang aku pun begitu asyik fikir macam mana nak menambah pendapatan untuk menyenangkan keluarga.

pendapatan sampingan
Pendapatan sampingan adalah pendapatan pasif. Pendapatan pasif bermaksud pendapatan yang diperolehi berdasarkan jualan produk atau servis dan tidak tetap setiap bulan.

Kos Meningkat

Kalau dulu, misalanya seorang guru hanyalah pergi kerja dan balik kerja, kemudian di rumah lepak-lepak atas meja sambil semak kerja pelajar, itu sahaja. Sebab gaji yang mereka dapat adalah mencukupi untuk menampung keperluan keluarga. Puncanya sebab barangan dulu harga nya jauh lebih murah dari sekarang. Kalau korang pernah ambil ekonomi asas masa sekolah menengah dulu, mesti korang akan ingat topik macam mana nak kira pendapatan atau taraf hidup individu. Misalanya tahun 1996, harga purata beras(brand rambutan je) RM1.60 sekilo so 10 kilo RM 16. Masa tu gaji mak aku kerja kilang sebulan RM 550. Jadi upah benar dari keupayaan upah wang mak aku adalah 343.75 kampit  kg beras. Perbandingan dengan abang aku yang kerja di kilang yang sama (2016) dengan upah wang RM 1300 dan harga beras RM4 sekilo, maka upah benarnya adalah 325 kampit beras. Jadi selepas 20 tahun keupayaan membeli semakin menurun sebab peratus kenaikan gaji lebih rendah dari peratus kenaikan harga barangan.

Kat sini aku ambil contoh mudah je sebab tiba-tiba aku teringat pasal belajar upah benar dengan upah wang bagi mengira taraf hidup isi rumah. Jadi sebab itu orang sekarang ni berusaha lebih untuk menambah pendapatan dengan pelbagai cara. Ada yang berniaga kecil-kecilan, ada join MLM, tak kurang juga bisnes internet dan macam-macam lagilah.

Perniagaan sampingan dari internet

Pendapatan sampingan
Affiliate marketing ialah satu sistem menjual produk orang lain dan menjana pendapatan melalui komisyen yang diberi oleh pihak yang mengeluarkan produk.

Ada pelbagai perniagaan internet sekarang ni. Tapi dah nama pun perniagaan, bukan jaminan untuk kejayaan..nak berniaga kena ada ilmu. Samaada perniagaan itu secara fizikal atau digital, sedikit sebanyak perlu juga sediakan modal. Masa mula-mula dulu aku bergiat dengan affiliate. Aku beli beberapa ebook pasal affiliate ni antaranya ebook Rahsia Newbie penulisnya Ammar Zahar yang sekarang ni kalau tak silap dia founder Jootawan. Banyak juga pelaburan, usaha dan masa aku habis kan untuk bergiat affiliate dan hasilnya……….. 1 sen pun tak pernah dapat. Pernah juga subscribe aweber dan berjaya dapat email list sehingga 1200 subscriber. Promosi dah dijalankan dengan outsources kat orang lain sebab aku ni tak pandai nak buat ayat yang menarik hati orang. Namun seperti yang aku katakan tadi mungkin tiada rezeki di situ.

 

Pendapatan Sampingan di Fiverr,com

pendapatan sampingan
fiverr.com merupakan site untuk mencari servis yang disediakan dengan kos serendah USD 5 sahaja

Sodih hoi..aku tak pernah ikut personal coaching, tapi aku belajar dari ebook dan panduan video yang dikeluarkan oleh usahawan affiliate ni. Sampai satu tahap aku terpikir, betui ke orang yang jual ebook affiliate ni jana beratus ribu macam yang depa cakap. Apapun aku redha mungkin sebab bukan rezeki aku kat situ. Tapi yang bagusnya, aku ni bukan specifikasi manusia yang mudah berputus asa. Melihat mungkin affiliate bukan kesesuaian, maka mungkin ada idea lain lebih sesuai dengan aku. Aku cuba beberapa bisnes internet salah satunya freelancer di fiverr. Kat situ aku letak beberapa gig yang aku boleh buat seperti blog comment, translate BI to BM, maklumat pelancongan di Malaysia dan beberapa gig lain yang berkaitan dengan pelancongan. Itulah port kali pertama aku merasa pendapatan sampingan. Cuma setiap gig hanya berharga USD5 sahaja. Sebulan taklah banyak manapun dapat, sekitar 10 gig je. Tetap bersyukur dan sehingga kini aku masih berfiverr sebab tak susah mana pun kerjanya.

 

Pendapatan Sampingan Trading Forex
pendapatan sampingan
Forex adalah satu aktiviti dagangan matawang melibatkan semua mata wang utama dunia. @ kaedah trading forex iaitu Technical dan Fundamental.

Ya kemudian aku menjumpai satu aktiviti yang 100% kena dengan feel aku. Forex atau currency exchange menjadi pendapatan sampingan utama. Aku bukan otai seperti forex trader  terkenal yang withdraw sampai berpuluh beratus ribu sebulan. Tapi aku berjaya generate jumlah yang melebihi dari keperluan kehidupan aku. Tapi sebelum aku stabil dengan forex, beberapa kali di awal dulu aku mengalami kerugian demi kerugian. Sebabnya adalah ilmu. Selepas 6-7 bulan, hasil pembacaan beberapa ebook dan site di internet aku menjumpai satu teknik yang sesuai dan lowest risk. Kemudian dari situ aku mengubahnya menjadi satu indicator untuk memudahkan bertrading.

Anggap Mencari Pendapatan Sampingan sebagai hobi

Kadang-kadang aku rasa macam berbisnes di internet ni adalah satu hobi. Setiap hari sehinggalah sekarang ni kalau ada masa lapang, aktiviti aku adalah membaca. Baca blog sana sini. Walaupun forex aku dah comel, tapi aku sentiasa mencari idea-idea trading dari mat-mat saleh kat blog depa. Dan walaupun affiliate aku tak pernah berjaya, tapi aku masih lagi membaca untuk mendapatkan skill-skill affiliate terkini.

Pendek ceritanya kalau nak berniaga untuk jana pendapatan sampingan, kita wajib ada ilmu. dan ilmu itu mesti di tuntut secara berterusan Samaada berbayar atau percuma. namun biasanya ilmu yang dapat secara percuma ni ‘kualiti’ nya lebih rendah dari yang berbayar. Pernah juga aku  cuba men ‘cungkil’ dari seorang yang pakar dalam bidangnya, tapi sekali tak di layan daa..

(Visited 733 times, 1 visits today)
  • DT tak mahir bab bab ni.
    kena belajar jugak dengan keadaan ekonomi kita sekarang

  • Tapi yang pasti, ilmu sesuatu perkara itu lebih berharga dari wang ringgit. Kalau kita takde ilmu, nak main trading redah jeeee besar kemungkiinan tak sampai beberapa hari habis jatuh bankrup…

    Ilmu ni luas, ada pelbagai cara boleh kita hadam dan pelajari. Ilmi nak berniaga sudah pasti bnyk cara.. Pilih mana sesuai dengan diri saja..

    Paling penting kena usaha..

    Kalau malas, semuanya takkan berjaya.. Percaya lah..

  • Saya pun jumpa banyak cara nak dapat pendapatan sampingan lebih lebih lagi zaman internet. Yang penting kena pergi dapatkan ilmu dan terus buat.

    Good luck!

  • Memang terlalu banyak cara untuk buat pendapatan duit sampingan yang lumayan sekarang ini. Apa yang penting ialah belajar dengan cara yang betul dan seterusnya mempraktikkan ilmu yang dipelajari.

  • >
    %d bloggers like this: