Jenis-jenis lens dslr yang ada dipasaran

Jenis-jenis lens dslr yang ada dipasaran

Jenis-jenis lens dslr

Saya salah seorang pencinta dslr walaupun skil tak sehebat manapun. Sejak zaman belajar di UiTM lagi dah berminat sangat dengan dslr. Zaman tu tak ramai orang yang mampu beli dslr, malah nak beli kamera biasa pun sudah dianggap hebat. Tapi saya agak beruntung sebab secara kebetulan pernah serumah dengan rakan dari course fotografi dan pengimejan. Jadi selalulah pegang dan belek-belek berpeluang sesekali snap gambar. Pernah juga ikut dia pergi studio UiTM untuk sesi fotografi dengan model. Semua tu dikira macam assignment yang perlu student siapkan. Bertambahlah minat bercita-cita untuk memiliki dslr sendiri seperti yang pernah saya cerita dalam post terdahulu.

Tapi kali ni apa yang nak saya ceritakan adalah jenis-jenis lens dslr yang ada di pasaran dan biasa digunakan oleh orang ramai. Saya hanya memiliki sebahagian sahaja dan itupun kebanyakannya adalah dari third party seperti tamron dan tokina.

Kit Lens

Kit lens ni adalah lens basic atau asas yang biasanya didapati dalam satu harga ketika membeli dslr. Kalau nikon, kit lens nya adalah 18-55mm dan 18-105mm. Kebiasanya bagi beginner yang baru first time guna dslr, kit lens pun dah cukup dan memadai. Cuba pakai dan belajar dulu dengan kit lens sampai khatam sebelum cari dan beli lens yang lain. Namun bila anda sudah merasakan kekurangan kit lens berdasarkan keperluan anda, ketika tu memang perlu cari lens yang sesuai. Andai saya seorang yang berminat dengan sport dan burung, memang kit lens tak membantu untuk saya dapatkan gambar yang menarik.

Jenis-jenis lens dslr
nikor 18-55mm

Prime lens

Prime lens atau fixed lens ni adalah lens yang hanya mempunyai satu focal length sahaja. Kita tak boleh nak zoom dengan lens ni. Namun kebiasaanya lens ini memiliki aperture yang besar sehingga F1.4 dan 1.8. Dengan saiz aperture yang besar ni kita boleh tangkap gambar dalam keadaan gelap. Pilihan yang ada adalah 35mm, 50mm, 85mm dan beberapa focal length yang lain. Kelebihan lens ini adalah untuk mendapatkan gambar yang tajam/sharp dan menghasilkan bokeh yang lebih cantik dan menarik. Prime lens kebanyakan digunakan untuk tujuan potrait. Saya sendiri menggunakan nikor 35mm 1.8g dan 50mm.

Jenis-jenis lens dslr
50mm

Wide angle lens

Lens yang ketiga ini adalah lens yang boleh mendapatkan sudut lebih luas. Selain untuk landskap lens ini kerap juga digunakan oleh forografer perkahwinan apabila ingin mendapatkan gambar subjek dan background kat kawasan yang sempit seperti dalam rumah atau dalam bilik. Hasilnya subjek kelihatan kecil dan bilik seolah-olah sangat luas dan kita boleh shot gambar pada jarak yang dekat. Pilihan yang ada seperti Tamron 10-24mm, sigma 10-20mm dan saya sendiri menggunakan Tokina 11-16mm.

Jenis-jenis lens dslr
Tokina 14-20mm
Macro lens

Lens ni dicipta untuk shot gambar closeup untuk subjek yang sangat kecil seperti lalat, nyamuk dan serangga. Hasil dengan lens ini sehingga kita akan dapat gambar jelas mata seekor nyamuk. Kelebihannya adalah minimum length yang sangat pendek. Jika lens lain-lain kita tidak boleh terlalu hampir dengan subjek. Kalau terlalu hampir lens tak boleh nak fokus dan kita perlu berganjak kebelakang. Saya tidak memiliki lens ini dan antara yang terkenal adalah tamron 90mm  F 2.8 dan sigma 90mm F2.8.

Jenis-jenis lens dslr
Sigma 105mm
Fisheye lens

Ini merupakan lens yang sesuai untuk seseorang yang kreatif dan mahukan kelainan. Sebab itu tidak ramai orang yang memiliki lens fisheye. Hasil shot dari lens ini akan kelihatan berbentuk melengkung dan sedikit bulat sesuai dengan namanya ‘mata ikan’. Pengeluar terkenal untuk kategori lens ini adalah Samyang.

Jenis-jenis lens dslr

Telephoto/zoom lens

Lens ini adalah lens yang membolehkan kita shot pada jarak yang jauh tanpa disedari oleh subjek. Biasanya digunakan oleh fotografer untuk shot sport seperti bola sepak, hoki, olahraga dan lain-lain sukan lagi. Lens ni juga adalah pilihan untuk shot gambar haiwan seperti burung dan haiwan liar. Takkan kita nak guna prime atau macro lens kot nak tangkap gambar muka singa. Dengan lens sekali kena kunyah dengan singa. Length tele lens ni ada yang sampai 1000mm. Boleh digunakan untuk shot gambar bulan.

Jenis-jenis lens dslr

Jenis-jenis lens dslr ni sahajalah yang saya tahu dan setengahnya ada dalam dry kabinet tersimpan dengan baik. Sebab kalau kita guna dslr sebagai hobi maka ianya pasti jarang digunakan. Mungkin sebulan 2-3 kali je beraksi. Atas sebab itu kita perlukan satu tempat yang kering dan jauh dari kelembapan bagi mengelakkan lens dari terkena kulat yang bukan sikit kos untuk membaiki semula.

Kesimpulan

Harga lens tidak terlalu murah dan paling murah pun tetap beratus harganya. Elakkan jadi sesetangah orang yang memasang cita-cita untuk memiliki semua jenis lens. Padahal kit lens pun tak habis explore lagi. Nasihat saya bila dah dapat sesuatu jenis lens tu pastikan anda gunakan sehabis-habisnya untuk mengenalpasti kelemahan yang menjadi sebab anda perlu lens yang lain. Elakkan pembaziran tatkalan negara yang tengah mengalami kemuraman ekonomi ni…eh kenapa pulak aku cerita pasal ekonomi ni..


[wdps id=”1″]

(Visited 440 times, 1 visits today)
  • baca sebab nanti nak angkat satu gak.

    dah bertahun kumpul duit. hoho

  • wah bro titan angkat terus full frame la baru betul-betul terangkat

  • >
    %d bloggers like this: