Hangat-hangat tahi ayam l semua orang pernah mengalaminya

Hangat-hangat tahi ayam l semua orang pernah mengalaminya

Hangat-hangat tahi ayam l semua orang pernah mengalaminya

 

Hangat-hangat tahi ayam bermaksud – orang yang serius dan bersungguh-sungguh melakukankan sesuatu perkerjaan namun kemudianya hilang motivasi dan meninggalkan perkejaannya tanpa siap.

hangat-hangat tahi ayam

Kali ni aku nak menyentuh tentang apa yang dipanggil hangat-hangat tahi ayam yang sering berlaku pada kita. Sebelum tu, ada persoalan juga…kenapa dipanggil hangat-hangat tahi ayam. Kenapa tak hangat-hangat tahi lembu kah atau tahi itikkah. Ataupun tahi orang kah?adakah tahi ayam sahaja yang hangat?? emm..Lupakan persoalan tu. Ok aku rasa semua orang pernah mengalami situasi di mana kita bersungguh-sungguh excited mula melakukan sesuatu perkara, tapi kita tak berjaya mencapai atau menyiapkan kerja yang kita mulakan itu. Pendek kata ini semua di sebabkan motivasi dalam diri sendiri yang tak cukup kuat.

Di bawah ni contoh hangat-hangat tahi ayam terjadi kat aku.

Kejadian Hangat-hangat tahi ayam

Contoh 1

Itu hari isteri suruh buat tempat penyangkut baju sebab pakaian kerja bini dah tak muat gantung dalam almari. Punyalah excited pergi beli bracket, batang besi, kayu , skru dan alat pertukangan lain. Balik rumah tak sempat-sempat nak masuk rumah terus je bukak baju bertukang kat luar. Memang teruja sesangat! Pastu disebabkan balik pun dah pukul 6, so tak sempat nak siap. Bila masuk maghrib kena berhenti dulu. Nak sambung buat malam tak boleh, sebab kat luar lampu tak terang. Kalau ikutkan hati memang taknak berenti, almaklumlah excited sangat.

So plan sambung keesokan hari lepas balik kerja, alhamdulillah esoknya siap sebahagian binaan almari tu. Lusanya tiba-tiba ada hal lain yang penting perlu didahulukan. Kemudiannya esok ada hal lain juga perlu di buat, terpaksalah tangguh..cadang nak sambung lusa..pun tak jadi..akhirnya sampai sekarang dah dekat 2 bulan semua kayu besi ada lagi tersandar kat tepi dinding. Itulah salah satu hangat-hangat tahi ayam yang terjadi kat aku. Sesekali kena sindir ngan bini “manalah almarinya ni ye?”…kuang ajor.

 

Contoh 2

Tahun lepas excited nak bercucuk tanam. Beli pasu, beli tanah hitam, beli baja, pergi kedai beli benih dan alatan bercucuk tanam. Siap awal-awal lagi cakap kat bini ” nanti dah tak payah beli sayur kat pasar, kebun abang ni nanti siap kita makan je sayur ni”…Bila tanaman dan menjadi, maka dapatlah harvest bagi bini masak untuk makan sekeluarga…

tapi setakat sekali tu aje lah, bila dah harvest sayuran tu perlu ditanam semula sebab sayur jenis berdaun seperti kailan, sawi dan bayam kita kena tanam semula. Part tu la mula…

esoklah tanam benih baru..tak jadi

lusalah tanam benih ni(benih dah beli), terlupa sebab sibuk, tulat aje la tanam…pun tak jadi.

Akhirnya tapak sayur tu bersemak semula.

 

Contoh 3

“ni meja abang kat rumah ni office abang, jangan kacau letak barang-barang lain. Abang nak jadikan meja abang ni sentiasa bersih dan tersusun. Baru mood nak buat kerja” itulah ayat arahan aku kat bini..Tersengih bini.. Pergi pasaraya beli rak majalah, rak alat tulis dan macam-macam lagilah accessories untuk letak atas meja. Sekejap je masa diambil untuk hias, memang bersih dan kemas. Menarik dilihat dan menaikkan rating keselesaan perasaan untuk buat kerja.

Bila anak-anak letak mainan atas meja aku, terus kena sound. “Meja ayah ni mesti sentiasa kemas, letak barang kat rak sendiri”

Minggu pertama, yes bersih dan kemas

minggu kedua masih begitu.

Masuk minggu ketiga, berterabur sikit majalah dan buku

minggu keempat dah mula alatan tidak kembali ke rak yang disediakan.

Minggu ke lima..malas dah aku..

hangat-hangat tahi ayam

Kesimpulan hangat-hangat tahi ayam

Hangat-hangat tahi ayam adalah satu sikap yang tidak baik dan merugikan. Macam 3 kes aku kat atas tu, merugikan dari segi masa dan kewangan. Ada sesetengah orang buat projek yang besar kemudian bila mood down tinggal macam tu je. Antara idea untuk mengelakkan sikap tu, sebelum melakukan sesuatu perkara seboleh-bolehnya buatlah satu perancangan yang rapi seperti sediakan jadual kerja. Secara tidak langsung melatih kita supaya berkerja mengikut langkah-langkah dan waktu yang sesuai.

 

(Visited 438 times, 1 visits today)
  • Hangat2 tahi ayam..
    Ada juga berlaku dalam hidup saya.. huhuhu..
    Rasa malu lah pulak..

    • ya..kebanyakan yang buruk2 semua dapat kat ayam walaupun ayam sedap di makan

  • Perkara yang paling sukar ialah istiqamah..

    In shaa Allah selalu berdoa agar hati sentiasa istiqamah dalan setiap perbuatan

  • ayat yg cakap ” Nanti dah tak payah beli sayur lagi” tu yg best… heee
    boleh cuba lagi bro….

    • hehe..ikut plan sayur tanam sendiri..no pesticide no herbicide..tapi tu lah…hangat-hangat tahi ayam

  • Biasa la tu bro. sebab tu bila dapat je idea terus buat..
    tak leh tangguh2 lagi

  • >
    %d bloggers like this: