First time bina pc sendiri

Posted on 3 min read 68 views

​Selepas 2 bulan mendiamkan diri akhirnya hari ni teman berminat untuk menghasilkan satu post. Blog ni dah bersarang dan berlabah-labah penuh satu blog. Kemanakah teman pergi selama ini?? tak kemana pun.. teman ada je sini menjalani kehidupan seperti biasa sambil memerhatikan 'pergerakan dunia" yang semakin mencabar dan menduga. Eh lupa nak bagitau...2 hari lepas ada perhimpunan lgbt hehehe... korang ada ikut tak huhu..kiamat dunia

Pinitbina pc sendiri

​Impian nak pasang pc sendiri

​haaa..ini le yang teman nak cerita kan pada kome. Bulan 2 masa tahun baru cina  teman ada beroleh rezeki lebih yang Allah Taala anugerahkan. Jadi selain untuk disimpan teman seperti baisa mesti ada keinginan dan hobi teman sendiri juge. Kali teman nak merealisasikan impian teman iaitu membina sebuah gaming pc sendiri dengan kos di bawah rm 3000. Sebenarnya untuk pengetahuan anda, teman dah ada dah sebuah pc gaming yang low spec dibeli awal tahun 2018. Pc tu second yang dibeli dari facebook.

​Kalau anda nak tau...sebenarnya teman tak yakin yang teman boleh buat. Berhari-hari teman study cara nak setup sebijik pc. Semuanya teman belajar dari youtube. Kat youtube ni untuk pengetahuan kome, teman banyak belajar dari youtuber indonesia berbanding Malaysia. Taktaulah kenapa...tapi macam ilmu yang dishare oleh youtuber Indonesia lebih banyak dan mudah dihadam berbanding youtuber Malaysia. Mungkin teman lah kot. Orang lain mungkin tidak begitu.

​Spec pc yang dibina

​Ok spec pc yang teman bina ni taklah high end. Sebab maklumlah budget pun bawah rm 3k. itupun termasuk monitor. Ok...bagi sesiapa yang mungkin budget lebih kurang teman ni...meh le tengok teman punye spec ni kalau-kalau boleh dijadikan idea hehehe

Motherboard Asrock A320M-HDV r4.0  -  RM 180 (shopee)

CPU Ryzen 2200g - RM 371 (shopee)

Ram DDR4 8gb Apacer Panther rage gold - RM 259 (shopee)

​Gigabyte GTX 1050ti 4gb oc - RM 699 (kedai)

SSD Barracuda 240gb - Rm179 (kedai)

PSU DKFull Modular Bronze plus 600 watt -  RM 200 (kedai)

​Gamemax Draco case - RM250 (kedai)

Monitor Asus VG 245 75hz 24" - RM 655 (kedai)

LED cooling fan - RM51 (shopee)

​Sebahagian komponen teman beli di kedai dan sebahagiannya teman beli kat shopee. Sebab kalau cpu, ram dan mobo ni agak mahal kalau beli dari kedai. Kat shopee murah sikit.

Pinitryzen 2200g

Mungkin ramai antara kita termasuklah teman sendiri yang menyangkakan pasang pc ni satu proses yang rumit. Tapi selepas teman cuba buat, sekarang teman rasa pemasangan pc ni tak la sesusah mana pun. dan yang lebih memeli​kkan.... sepanjang proses pemasangan teman tak mengalami sebarang masalah. dari unbox pc case hinggalah window running cuma ambil masa kurang dari 2 jam. Yang agak lama sikit adalah proses untuk instal window

​Ok ke ryzen 2200g/1050ti

​Spec ni ok sangat-sangat dah untuk kegunaan harian teman. Selain PUBG dan Dota 2, teman gunakan untuk edit gambar dan rendering. Cuma yang kekurangan adalah dari segi storage. 250 gb adalah terlalu kecil sebab satu projek render pun hampir 1 gb. Itu belum lagi untuk game.. pubg pun 20 gb. Insyaallah bila dah betul-betul maksimum nanti teman rasa akan cari 1 hdd utk dijadikan storage video dan gambar-gambar teman.

​Untuk pengetahuan anda juga, ryzen 2200g ni adalah 4 core 4 threads setanding dengan i5 7400 porc dari intel. Selain tu ryzen 2200g ni datang bersama built in gpu. Teman ​pernah try cabut gpu dan main dota 2. Boleh main pada medium setting. So kalaulah gpu ada maslaah masih lagi boleh layan game hehehe..

Gpu teman pulak guna 1050ti je. Almaklumlah budget ketat sangat. Setakat ni teman berpuas hati guna gpu ni walaupun masih banyak lagi gpu yang bagus dari ni. Main game..semua game teman main boleh layan dengan smooth. Untuk rendering pulak gpu ni macam tak mainkan peranan sangat rasanya sebab teman tengok kat speccy temperature cpu je naik tinggi. Mungkin sebab tak banyak animation.

Pinit

​Kelebihan bina pc sendiri

​Biasanya kita beli pc yang telah siap dipasang. Kebaikannya ialah kita tak pening kepala nak setup sendiri. Tapi ada juga keburukanya iaitu jika berlaku sebarang kerosakan kita tak mampu untuk baiki sendiri dan terpaksalah mengeluarkan lebih kos dengan menghantar ke kedai untuk dibaiki. 

Kalau pandai pasanag sendiri tak perlulah nak hantar ke kedai untuk baiki kerosakan. Dan lagi satu jika kita nak upgrade rasanya lebih mudah dengan hanya membeli dan dipasanag sendiri. emmmm...tapi yelah tak semua orang ada masa nak hadap nak pasanag benda ni kan.. apapun terpulang kepada kemampuan dan minat.

Bagi teman memang teman minat aktiviti pasang memasang. Bukan pc je benda lain pun macam tu jugak. Dinding bilik teman macam-macam dah teman lekat dan tampal hehehe.

(Visited 10 times, 1 visits today)
Please follow and like us:
Pinit

>
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)