Fanatik politik di FB

Posted on 3 min read 78 views

Fanatik politik di FB

Aku sejak 2-3 minggu ni bila bukak FB takda benda lain lagi yang aku terbaca. Asyik-asyik cerita politik. Kebanyakan rerakan aku ni macam dah nak gila dengan parti politik depa. Kutuk sana kutuk sini, maki sana maki sini, hina sana hina sini dan macam-macam lagi sana sini. Asal aku bukak je mesti lah berbaris kat wall aku post berbaur politik. Ada yang dengan bijaknya menganalisis history pemimpin, membanding2kan pemimpin, bercerita macam dah tahap 100 tahun dah dalam politik. Ada yang bunyi macam pernah jadi perdana menteri dan ada juga gaya macam dah pernah dapat gelaran TUN.

Tahap kebodohan melampau

Pinitfanatikpolitik
Bila pula bertemu dengan golongan yang tidak se’ideologi’ mulalah bermaki hamun memasing. Ada yang profesional seperti guru dan pensyarah meletakkan kepala tahap di bawah telapak kaki apabila bergaduh, menggunakan ayat hina dan memaki hamun sesama sendiri. Yang bestnya, semua friendlist aku adalah MELAYU. Ada yang ‘begitu’ tinggi tahap ilmu agamanya, beratus hadis pernah mereka bincangkan di post, tapi bila masuk line politik, itu dia…..senapang patah yang berpelurukan dengan kata-kata nista di tembak ke arah musuh yang dibenci. Oh MELAYU…

Aku, kau, depa, hang, hangpa, mereka, beliau dan segala-galanya orang islam. Sesama melayu di bumi Malaysia. Tak payah la korang nak bertentang bagai nak gila. Memang betul politik negara sekarang ni meruncing akibat pertembungan gergasi dengan gergasi, tapi jangan ditambah lagi dengan dosa tak berhenti. Sebenarnya sebagai rakyat biasa tak banyak yang kita ketahui tentang rahsia-rahsia pemimpin-pemimpin ni. Mungkin apa yang kita ketahui tak benar atau sengaja diwujudkan oleh musuh-mush beliau. Apa cerita kalau korang tersebar perkara yang tak benar dan bukankah itu fitnah?? Ada terpikir ke tak dalam kepala tu?

Kaedah yang terbaik

Bagi aku senang je. Lawan kat peti undi. Bukan lama lagi, 2 tahun je lagi. Masa tu memasing boleh buat keputusan nak

Pinitfanatik politik
 pilih sape. Nak parti tergolek ke parti telentang ke parti terkangkang ke, ikut suka hati korang. Tak payah la dok nak bertelagah sesama sendiri. Ada yang sebahagiannya yang bangang tu bila jumpa rerakan yang memang diketahui tidak sependapat, saja pulak diajak berdebat. Umpama sengaja nak ajak bergaduh, sampai la ada beberapa kali nasib tak betumbuk dan berterajang. Baguskah bila jadi begitu?? Sesetengah tu memang sengaja post di wall  FB memasing dengan memuji yang disukai dan membaham yang dibenci. Bila post tu dibaca oleh friend yang tidak sependapat dan mula panas hati maka start lah bergaduh kat ruangan komen. Lepas tu terus bermasam muka sampai bertahun-tahun.

Golongan profesional yang tak macam profesional

Rakan FB aku terdiri dari pelbagai golongan manusia. Ada doctor, pegawai polis, guru, bidang korporat, pensyarah dan lain lain lagi. Tapi yang paling kuat berpolitik di FB adalah dari golongan guru dan pensyarah. Mereka ni tak sepatutnya terlalu ekstrem berpolitik di FB. Sebab aku lihat banyak komen-komen itu datang dari pelajar-pelajar mereka juga. Ada yang sampai kena sound dengan pelajar sendiri dan akibatnya bergaduh pulak antara guru dan pelajar. Ish kalau aku lah, mak ai malunyee…Budak yang kau ajar, boleh-boleh sound kau kat FB pasal politik je pun. Tak malu ke. Tapi yang selalu aku tengok bergaduh dengan pelajar sendiri ni adalah dari golongan pensyarah berbanding guru sekolah. Mungkin sebab pelajar di universiti lebih berpengetahuan. Apa ye agaknya bila pelajar-pelajar baca di FB guru/pensyarah mereka bertelagah kat FB?? Duk ajar budak-budak sahsiah yang mulia sekali kau tunjuk siasah yang yang buruk. Minta jauhla anak-anak aku dari dididik oleh guru/pensyarah yang begitu.

Bersederhanalah

Kawal-kawallah diri dan emosi korang tu. Tak ada baiknya bertelagah atau memprovok orang lain atau melepaskan kemarahan tu. Agak-agaklah kot ye pun nak berpolitik. Kalau korang dok maki hamun bagai nak gila, kalau dah takdir kalah yang korang sokong tu, tetaplah kalah. Jadi berbaiklah sesama kita. Malaysia ni kita punya bersama, nanti anak cucu kita pulak yang mewarisi negara ni. Kalau mak pak dah perangai begitu esok-esok takut anak cucu lagi dasyat sikapnya.

 

(Visited 136 times, 1 visits today)
Please follow and like us:
Pinit
  • akaun FB saya pula banyak cerita tentang bisnes..pasal politik memang kurang sebab rata-rata mereka anak muda kot..

  • rasa menyampah la org buat kartun/entry kutuk2 mane2 pihak. bagi fakta biasa2 sudah la. bukan kita tidak tahu menilai… sy suka politik, dulu minat tp bukan skrg…. isthiharoh masa mengundi inshAllah terbaik

  • perang cyber di alaf baru nih.. biasalah itu semua permainan diaorang.. kita selaku pemerhati ambil tahu juga, tapi kena berhati-hati juga…

  • Bosan lah dgn politik ni.. dah mcm drama sinetron jee.. Panjang benor episod nya smpai tak tahu apa penghabisan cerita ni..

  • Memang tak profesional langsungb berpolitik di GB nih, kalau nak tunjuk kuasa 2 tahun lagi tahu la untung nasib kan?

  • >
    Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

    Enjoy this blog? Please spread the word :)