Ciri-ciri suami yang bertanggungjawab

Ciri-ciri suami yang bertanggungjawab

Ketahui ciri-ciri seorang suami yang bertanggungjawab

Setiap kaum hawa mengimpikan untuk dapat seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Begitu juga lelaki yang mahukan seorang bakal isteri yang setia dan solehah. Tetapi jika dilihat di mana-mana media massa, terlalu banyak kes-kes perceraian disebabkan kelemahan-kelemahan yang ada pada pasangan masing-masing. Tidak dapat disalahkan kepada sesiapa jika berlaku kes perceraian kerana masing-masing ada silapnya sendiri. Takdir Allah menentukan segala apa yang akan terjadi, namun sebagai hamba-Nya kita perlu berikhtiar melakukan sesuatu yang terbaik.

Di sini saya kongsikan beberapa ciri seorang suami yang bertanggungjawab. Bukan sahaja sebagai suami malah bapa kepada anak-anak.

Sentiasa menerapkan nilai Islam dalam kehidupan keluarga

Seorang suami yang terbaik adalah suami yang mendahulukan agama dalam kehidupanya. Sentiasa mengambil berat tentang amal ibadah ahli keluarganya. Menjaga aurat anak isteri dan memberi ilmu agama kepada semua yang berada di bawah tanggungjawabnya. Menekankan soal solat, puasa dan lain-lain ibadah yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T. Membimbing secara berterusan anak dan isteri dari pelbagai aspek. Tidak akan membiarkan ahli keluarganya berterusan atau berulangkali melakukan kesilapan dan kesalahan.

Bersikap bijak dan tegas

Suami yang bertanggungjawab perlu bijak ketika membuat keputusan. Beliau mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan untuk ahli keluarganya. Seorang suami atau bapa yang baik, tidak menjadikan nasihat dari anak atau isteri penentu kepada keputusan yang dibuat, sebaliknya ia sebagai pandangan untuk menentukan apakah yang terbaik perlu beliau lakukan.

Matang

Bersikap selayaknya sebagai seorang suami atau bapa. Menjadi sukar untuk isteri yang sentiasa memerlukan bantuan dan nasihat dari suami. Secara tidak langsung si isteri terpaksa menanggung tanggungjawab yang lebih.

Suami yang rajin

Suami perlu rajin dalam pelbagai perkara. Ada suami yang tidak mengambil berat untuk membantu isteri menjaga anak. Suami hanya duduk dan baring di sofa manakala si isteri terpaksa bersusah payah menjaga terutama jika ramai anak dan masih kecil. Selain itu ada juga sebahagian suami yang sangat malas untuk membantu membuat kerja-kerja rumah, malahan nak menyapu pun ada yang sangat berkira.

Memasak pada adatnya bukanlah kerja yang dilakukan oleh suami seperti dalam budaya kita orang melayu. Namun sebagai umat Islam kita harus sedar, menyediakan makanan untuk anak dan isteri adalah tugas yang diletakkan di bahu suami. Jika si isteri sanggup berkorban memasak, maka sangatlah murni jika suami pun ke dapur bersama-sama menyediakan makanan untuk keluarga.

Taat kepada ibu bapanya

Sangatlah rugi jika seorang isteri mendapat seorang suami yang tidak taat kepada ibu bapanya. Seorang anak yang tidak taat dan berdosa kepada ibu bapa, hidupnya sentiasa tidak tenang dan berada dalam kesempitan. Si isteri akan menanggung kesusahan bersama akibat dari sikap suaminya. Jika anda melihat suami tidak begitu menghormati dan mentaati ibu bapanya sentiasalah nasihat untuk mengubah sikap yang sangat dibenci oleh Allah S.W.T.  Menderhaka kepada ibu bapa tiada tempat untuknya di syurga malahan ketika hidup pun akan berterusan mengalami kesusahan.

Kesimpulan

Seorang suami sentiasal perlu beringat, anda adalah ketua keluarga yang diberi tanggungjawab untuk menjaga dan membimbing anak dan isteri. Sikap yang negetif dalam diri anda akan menyebabkan kesusahan kepada keluarga. Isteri pula adalah pembantu suami dalam segala hal kehidupan. Bantulah suami berubah jika dia perlu berubah. Elakkan dari membuat keputusan yang salah walaupun jika berada dalam keadaan yang genting. Insyaallah jika masing-masing tahu tanggungjawab, kita akan hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

 

(Visited 804 times, 1 visits today)
  • Semua ni wajar menjadi ciri ciri suami idaman. Memang elok suami rajin

  • Ibu setuju dengan kriteria yang di tunjukkan di atas

    dan kita pun kena selidik juga bakal suami tu

    seakrang ni ramai musang berbulu ayam

  • Kalau dapat ciri ciri yang ada dalam senarai diatas

    alhamdulillah

    untung sangat

  • mana la nak cari suami yang ada ciri-ciri berikut..

    terbaik sangat dah..

    untung la kalau dapat

  • untunglah kepada isteri yang bersuami seperti dalam senarai diatas… sekarang susah nak cari suami yang betul2 namanya suami..

  • taat kepada ibu bpanya..satu tanda dan ciri2 yang kuat mngatakan suami itu bertanggungjawab…

  • >
    %d bloggers like this: