Blogger hingusan blog segalabenda.com dalam kenangan

Blogger hingusan blog segalabenda.com dalam kenangan

segalabenda.com

Kelmarin teman blogwalking dan terjumpa blog justkhai.com dan beberapa blog lain masih wujud yang pernah hot dan popular satu ketika dulu era 2010-2013. Diwaktu yang sama juga teman aktif...lebih tepatnya sangat aktif berblog berbanding sekarang ni. Waktu itu blog teman adalah segalabenda.com.** update teman dah berjaya beli semula doman ni

Ketika tu dalam tempoh 3 bulan je teman dah berada di page rank pertama dan dalam tempoh 6 bulan blog tersebut berada dalam google pagerank 2 dan alexa rank antara 300k hingga 350k. namun pertengahan 2013 teman dan mampu maintain lagi dan terbiar sehingga expired. dah expired baru teringat nak renew tapi dah dekat 3 bulan masa tu. Habis domain ku dirampas orang...

tapi era tu teman berblogging adalah untuk cari duit.

tapi ilmu tak cukup.

walaupun blog berada di ranking yang tinggi tapi tak ada hasil.

berbeza dengan sekarang, teman jarang-jarang update

​tapi teman belajar banyak tentang seo, monetize site.

belajar dari wanyusof.com

so walaupun tak selalu update tapi teman ada beberapa post yang sentiasa di first page google.

​jadi walaupun olaoli.com ntah tak tau berapa teruk alexa rank nya tetapi lebih berjaya untuk hasilkan pendapatan berbanding segalabenda.com

tapi olaoli.com ni tak ramai pengikut huhu..

tak ramai pelawat blogwalking

sebahagian besanya adalah organic

bila teringat balik zaman tu rasa sedih pun ada bila mengenangkan rakan-rakan alam maya yang dikenali tanpa pernah bersua kini hilang. Domain mereka pun dah tak wujud.  Antara yang masih ada:

ciktom.com - masih aktif

denaihati.com - ini legend

justkhai.com - jarang dah update

akubiomed.com - sesekali ada posting baru

ahmadfaizal - masih aktif

wanwidget.com - masih aktif

smartusaha.com - jarang upate

kujie2.com - jarang update

azmanisma.com - domain masih wujud tapi bukan personal blog lagi


dari 24 blog wajib blogwalking zaman tu kini yang kat atas ni je yang masih operasi lagi.

bulan Januari 2016 teman mula berblogging semula dengan domain olaoli.com sehingga sekarang. Dah nak masuk 4 tahun masih bertahan lagi. apapun pengalaman lepas  akan teman cuba elakkan berlaku lagi. Kali ni teman nak tetapkan visi iaitu terus simpan domain ni sehingga sekurang-kurangnya 20 tahun. 

Perghhh!!! 20 tahun siot.

maknanya sehingga teman berumur 53 tahun!!

boleh ke begitu lama?

Walaupun dah tak aktif dengan update post, tapi tetap diusahakan sekurang-kurangnya 10 post setahun. tapi tahun ni baru ada 7-8 post je.

Kalau korang tanya kenapa tinggalkan blog lama kalau dah rank agak bagus.

jawapanya adalah kerana ketiadaan misi dan visi berblogging. Sepatutnya teman tetap maintain blog tersebut, tetapi disebabkan tiada plan yang baik tu yang menyebabkan teman tak kisah kehilangan domain. Tapi kali ni teman dah letakkan visi teman sendiri .

Namun teman akui domain lama tu segalabenda.com adalah lebih berjaya dari blog teman ini. Bukan teman maksudkan dari segi pendapatan tetapi dari segi kepopularanya huhu..

Aktiviti yang menaikan ranking blog lama yang tak larat teman nak ulangi:

Pertama sekali - segalabenda.com 1 tahun yang pertama  akan diupdate hampir setiap hari. Malah ada  yang sampai 2 post sehari. Seo? onpage/off page...tu semua teman tak ambil peduli ketika tu. Yang penting teman mesti buat post minimum 400 perkataan. Kajian keyword ke optimize onpage ke semua teman tak ambil tahu.

Kedua adalah blogwalking. Ya ini teman wajib buat setiap hari. 24 blog yang ada dalam senarai wajib dikomen setiap hari. Kemudian blog-blog lain ketika tu pulak teman jadikan sebagai extra. Dari situ teman dapat backlink semula

Ketiga teman buat beberapa pertandingan bulanan kepada sesiapa yang datang ke blog. Hadiahnya berupa tunai atau satu blog post khas untuk blog pemenang.

- pertandingan komen tertinggi

- fotografi - ni 2 bulan je sebab kualiti gambar penyertaan sangat rendah. nak pilih pemenang pun rasa macam tak ada yang layak.

- pemenang dari blog yang banyak hantar visitor ke blog teman - ni teman buat senyap tanpa umumkan pertandingan tu wujud. bila akhir bulan terus teman umumkan pemenang.

Teman dah susun projek dan peruntukan untuk tahun depan. Insyaallah bulan januari 2020 teman akan mula dengan hadiah untuk pengomen tertinggi dulu. Sebelum ni pun nak buat tapi memandangkan tahun ni betul-betul sibuk dengan urusan lain jadi benda ni kena hold dulu. Sebab nak buat pertandingan teman kena aktif membuat post/update. kalau tak apa yang pengunjung nak komen.

Akhir kata teman mengharapkan agar dunia blog kembali hebat semula seperti dahulu. Terus terang lah teman katakan, dahulu hampir semua rakan-rakan rapat di fb pasti ada blog samada percuma atau berbayar. Tapi kini rasanya hanya teman je yang masih berblog.

​***UPDATE:

teman akhirnya berjaya dapatkan semula domain segalabenda.com selepas lebih 4 tahun menunggu. Post ini teman buat ​lebih awal ketika teman belum lagi beli domain lama tu. Alhamdulillah domain tu jadi milik teman semula. Ni boleh buat kenduri ni..

(Visited 390 times, 1 visits today)
  • inilah bila otai blogger berbicara…

    tetap berbisa dan lejen.

    saya baharu sahaja aktif berblog sekitar tahun 2012 dan banyak blog saya telah dilupuskan kerana tiada jodoh dengan domain tersebut.

    bermula era saya mencipta domain baharu setiap tahun sehingga saya tersalah anggap bahawa saya masih newbie terutama bab SEO.

    itulah realitinya

    • ya bro. saya ini on off saja. sebenarnya agak susah nak update lifestyle blog ni. berbeza dengan blog yang ada niche. blog yang ada niche lebih menarik minat

  • dah jarang2 blogwalking nih. masa agak terbatas haha.. dulu ramai geng2 blogwalking nih.. sekarang satu post pun belum tentu ada orang nak komen. nasib lah..

    • tapi teman masih suka blogwalking sebab nak cari idea. Tapi taklah sebanyak dulu

  • ramai x updet blog skrg nih., ramai updet fesbuk n instagram je., ;p

  • >
    %d bloggers like this: