Author: olaolico

Beza lelaki lembut dengan pondan

Beza lelaki lembut dengan pondan

​​​Post teman kali ni agak keras sikit. Sebab teman dah semakin risau melihat satu perangai kotor yang semakin merebak dalam masyarakat. Apa yang teman nak sebut kali ini adalah berkaitan dengan pondan. Lelaki lembut ada di mana-mana sahaja. Salahkah jika sifatnya lembut? teman rasa tak. Perwatakan lembutnya bukan disengajakan dah memang Allah jadikan dia seorang lelaki yang ​sebegitu.

​Kawan-kawan teman pun ramai yang gayanya agak lembut tetapi mereka tetap lelaki, berkahwin dan memiliki anak. Masa di sekolah dan universiti dulu pun ramai jumpa lelaki-lelaki lembut tetapi kehidupan mereka adalah normal sama seperti lelaki sejati macam teman huhu..kehendak sama, selera kat wanita pun sama dan pengotor pun sama haha..Jadi lelaki lembut bukan seorang pondan. Sebab ramai orang yang salah sangka terutama budak-budak. Bila tengok gaya cakap lembut-lembut dah digelarnya pondan.

Bagaimanapun kini semakin ramai muncul lelaki-lelaki lembut yang cenderung untuk menjadi seorang perempuan a.k.a pondan. Taktaulah samada mereka memang nafsunya hanya kepada lelaki atau pun mereka rasa diri tu seperti perempuan. Golongan pondan ni rasanya tak sama dengan golongan gay. Biasanya golongan gay ni mereka tidak sampai pakai seperti seorang perempuan. Jadi gay ni sangat susah untuk dikesan. Berbeza dengan golongan pondan yang jelas boleh diketahui dari tatacara lenggok pertuturan dan pemakaian. Salahkah jadi pondan? jawapanya SANGAT SALAH!! Tetapi apa pandangan masyarakat Malaysia terutama orang Melayu terhadap fenomena gila ni? pada pandangan teman sangat menyedihkan. Apa yang sedih? sebab orang Melayu tak kisah sangat pun!!

Cuba lihat program-program lawak di astro. Takkan kome tak perasan macam si Nabil, Johan, Zizan, Achek dan lain-lain lagi membawa watak seorang perempuan dan memakai pakaian perempuan, bermake up dan siap pakai coli lagi!! Patutkah buat begitu?? Itu salah satu cara yang mungkin tak disedari ‘mempromosikan’ lagi golongan tersebut. Teman tak kata pulak yang pelakon-pelakon tu jadi pondan cuma yang pastinya penonton yang berjumlah jutaan manusia melihat dan bergelak ketawa. Malah ada pulak yang memuji “cantik pulak zizan ni kan?”.. “ Apek nampak lawa bila kena makeup”.. Kemudian tonton dengan anak-anak. Benda tu meresap dalam pemikiran anak-anak seperti

“oh pakai perempuan tak salah”

“ha’ahkan orang lelaki kadang-kadang lagi cantik dari perempuan”

Macam-macam lagi la kemungkinan bermain dalam fikiran anak-anak yang kita mungkin tidak tau. Itu belum lagi beberapa orang lelaki yang tidak seperti lelaki yang semakin viral. Mereka ini semuanya telah bergelar jutawan dan kaya-raya. Mereka sudah mula berani memakai seksi dan diupload ke media sosial untuk ditatap oleh orang ramai. Ada tak apa-apa tindakan dari pihak penguatkuasa??? TIADA!!!!!!!!! Mereka di tahan? Tidak. Mereka terus dibiarkan dan dibiarkan…

​​Satu lagi teman risau apabila melihat pihak penguatkuasa pun macam tak berfungsi. Mereka hanya pergi tangkap pondan-pondan yang melacurkan diri sahaja. Tetapi pondan yang tidak terlibat dengan aktiviti tu tidak pula ditahan.Di pusat-pusat shopping di Kuala Lumpur kerap teman jumpa golongan2 ini berjalan membeli belah dengan amannya berpakaian layak untuk seorang perempuan.

Mereka bebas.

Sekarang ni pulak dah muncul ngo-ngo yang memperjuangkan hak-hak untuk golongan LGBT seperti mereka ini.

Untuk apa semua itu??

Mereka minta golongan ini diiktiraf. Kenapa nak perjuangkan kesalahan golongan yang sama seperti kaum Nabi Luth tu. Nak minta bala malapetaka Allah??!! Yang sedihnye kenapa sebahagian yang memperjuangkan golongan ini terdiri dari orang-orang Melayu.

Malah ada juga dikalangan mereka ini terdiri dari golongan professional dan keturunan anak-anak orang ternama.

​​Bagi teman, lelaki yang bertukar menjadi seorang pondan samaada bertukar jantina atau tidak, mestilah diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman yang seuai untuk mengelak daripada pengaruh dan gejala kotor ini merebak kegenerasi seterusnya. Mereka ini sepatutnya jika didapati bersalah perlu diasingkan ke tempat lain supaya tidak dapat bersosial dengan orang awam yang lain supaya dapat dielakkan kemungkinan berlaku ‘jangkitan’.

​Tapii...teman duk mengomel begini apa hasilnya?? tiada apa-apa hasil. cuma teman nak lepaskan benda yang teman tak suka sangat-sangat. Patut kah mereka ini diberi peluang untuk berubah? semestinya ya.. tolong berubah dan kembali ke pangkal jalan sebab jalan yang diambil tu sangat salah. Jangan ikutkan hasutan iblis tu. Berapa lama nak hidup begitu?

​Kita sebagai rakyat marhain ni kena mainkan peranan jugak untuk atasi segala masalah jijik dalam negara ni. Kita tak boleh bagi muka pada mereka-mereka ni. Mereka sudah silap dan jangan ditunjukkan sokongan yang akan membuat mereka terus hanyut. Semua rakyat perlu ambil peranan untuk perbetulkan semula mereka yang dah tersesat identiti ni..

​Semoga kita dijauhkan dari hukuman Allah Taala yan diturunkan kepada umat Nabi luth dahulu.

​Teman takut satu hari nanti tiba-tiba kat Malaysia ada pertandingan Ratu Cantik Pondan macam di luar negara.

Teman takut pesta gay yang pernah digembar gemburkan akan menjadi kenyataan.

Teman seriau jika berlaku perkahwinan sesama jenis di Malaysia.

Teman semakin cemas bila melihat Menteri Agama tidak 'handal' berdepan tekanan puak LGBT.

Teman ​PALING TAKUT jika rakyat Malaysia terutamanya orang Islam tidak menentang golongan ini.

4 jenis hutang punca masalah kewangan

4 jenis hutang punca masalah kewangan

​Hi, selamat malam kepada pembaca olaoli.com. Post hari ini nak sentuh tentang 4 perkara yang menjahanamkan kewangan anda. Sebenarnya ada lagi, tapi 4 inilah yang paling banyak dialami oleh orang ramai terutama golongan muda. Teman buat conclusion berdasarkan pengalaman sahabat taulan, adik-beradik, saudara mara malah diri teman sendiri.

Kita pun tahukan begitu ramai rakyat Malaysia lebih-lebih lagi golongan muda yang telah diistiharkan bangkrap oleh mahkamah. Namun tak ramai orang jelas apa punca kebangkrapan dikalangan anak-anak muda ni.

​Walaupun 4 punca yang teman nak senaraikan ini penyebab utama kegagalan kewangan, tetapi tidak dapat dinafikan.... sikap boros adalah adalah raja segala sebab yang menyebabkan 4 punca di bawah berlaku.

4 jenis hutang punca masalah kewangan

​Pinjaman peribadi

Semua orang tahu apa itu pinjaman peribadi. Pinjaman ini disediakan oleh pihak bank kepada orang ramai berdarkan kelayakan seseorang. Pinjaman peribadi adalah pinjaman cash bertujuan untuk dibelanjakan oleh si peminjam. Ianya berbeza dengan pinjaman perumahan dan kereta. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca di sini.

Macam mana pinjaman peribadi ini boleh merosakan kewangan anda?

Ianya berbalik pada 'raja segala sebab' iaitu boros. Bila banyak cash di dalam akaun, anda rasa apa kemungkinan yang kebanyakan orang akan buat?

Pasti mereka akan berbelanja berhabis-habisan membeli pelbagai barangan. Dan pasti apabila terlalu berbelanja maka barangan tidak penting atau mewah akan dibeli.

Misalnya smartphone baru dan mahal, mungkin masa tu dah tak pandang dah setakat Huawei ke, Lenovo...apa yang mereka akan lihat?

IPHONE..

SAMSUNG S9++++..

atau mungkin masih Huawei, tapi..

HUAWEI P20 pro...

Ketika tu mungkin dah tak makan masak di rumah sebaliknya pagi petang siang malam makan di luar.

Bagi penggila kereta pula akan upgrade kereta semahu-mahunya..

RIM..

ACCESSORIES..

dan macam-macam lagi.

​Bila dah habis je duit pinjaman peribadi, maka kering dan pening. Apa yang kemungkinan akan berlaku??

BUAT PINJAMAN LAGI..

​Kad Kredit

Penggunaan kad kredit adalah yang paling sukar untuk dibendung termasuk lah diri teman sendiri. Kalau nak kemana-mana mesti mudah tangan nak swap. Kemudian lebih parah bila bayar hanya pada nilai minima.

kad kredit

​Penggunaan kad kredit yang bijak adalah menetapkan tempoh berapa bulan untuk selesaikan perbelanjaan yang telah dibuat. Lagi singkat lagi bagus. Tapi agak sukar nak selesaikan dalam tempoh yang pendek. Kad kredit perlu digunakan secara berhati-hati dan sistematik.

Bukan teman bermaksud tidak boleh menggunakan kad kredit, tetapi kita perlu mempunyai perancangan yang teratur dan mampu untuk membuat pembayaran melebihi nilai minima. Kalau rasa tak mampu, jangan swap atau gunakanya. Simpan je untuk kecemasan.

Teman dulu masa mula kerja ada 2 kad kredit, Ambank dan bank Islam. Kedua-duanya sangat membebankan. Bila kredit kad ​berjaya di 'kosongkan' pasti 'kegatalan tangan' akan kembali dan kad kredit penuh semula. Selepas 5 tahun bergelumang dengan masalah akhirnya teman ambik keputusan untuk terminate 2 kad tersebut

Tapi bukan bermakna teman dah tak guna kredit kad, cuma kali ni berkalih ke Bank Rakyat. Dengan bank rakyat, apa sahaja pembelian online dan bernilai lebih dari RM300 yang nak dilakukan mesti mendapat pengesahan yakni kena call dulu. Kecuali penggunaan runcit seperti membeli di pasar raya atau stesen minyak.

​Hutang kereta

Hutang kereta lah yang paling banyak mendatangkan masalah kepada orang muda. Biasalahkan..bila mula kerja kalau kita orang muda melayu ni first yang dipandang adalah kereta.

Salahkah mula kerja terus beli kereta??

​Agak ramai juga pakar-pakar yang menyatakan beli kereta di awal bekerjaya adalah satu kesilapan.

Bagi teman taklah.. boleh beli kereta tapi pastikan ansuran kereta paling besar 1 per 5 sahaja dari gaji. Kalau gaji korang RM2000, ansuran adalah RM400 sebulan. Jangan lebih dari itu.

​Yang menjadi masalah bila mula-mula kerja gaji setakat RM3000 terus beli kereta baru yang mahal seperti Vios TRD Sportivo yang ansuranya hingga RM1000 sebulan. Dari situ anda telah hilang 1 per 3 dari gaji.

Yang ini banyak berlaku dikeliling teman terutama kakitangan awam. Mula-mula kerja dulu teman pakai Gen-2 secondhand je yang ansuranya RM410. Itu pun sambung bayar kereta kakak ipar.

​Pinjaman perumahan

​Pinjaman perumahan adalah satu pinjaman yang bernilai tinggi dan tempoh masa yang lama. Tempoh pinjaman mencecah hingga 30 tahun dan memerlukan pelbagai kos sampingan setiap tahun seperti cukai pintu, maintenance dan sinking fund untuk apartment.

​Kebanyakan individu yang bermasalah dengan pinjaman perumahan disebabkan:

   a) kehilangan pekerjaan

   b) tidak mampu teruskan akibat kos keperluan hidup yang meningkat.

   c) Masalah kesihatan diri atau keluarga yang perlukan banyak peruntukan.

Biasanya apabila tidak lagi mampu meneruskan pembayaran maka rumah tersebut akan dilelong oleh pihak bank. Tapi pernah berlaku pada seorang sahabat yang tidak lagi mampu membayar tunggakan bank. Rumah beliau telah dilelong tetapi harga yang diperolehi lebih besar dari harga sebenar rumah tersebut. Ini kerana peratus kenaikan hartanah dilembah Klang adalah sangat tinggi. Selepas ditolak kepada bank dan kos-kos lain beliau memperolehi lebihan cash yang diserahkan oleh pihak bank.

​Kecilkan nilai hutang

​Macam mana nak kecikkan hutang?

Teman bahagikan kepada 2:

   a) sebelum berhutang

   b) selepas berhutang

​Sebelum berhutang

​Sebelum nak mula buat hutang rancang dengan sebijak-bijak dan setelitinya. Ambil kertas, pen dan calculator. Buat perancangan terhadap semua kos dan semua pendapatan yang ada. jangan lupa hutang mengambil masa bertahun-tahun nak diselesaikan. Pastikan anda masukkan dalam perancangan 'anak-anak' yang akan datang.

Mungkin setiap tahun mendatang anda akan dapat anak...so masukan budget perbelanjaan mereka sekali. Kemudian berapakah balance yang anda boleh simpan dan lebihan yang boleh digunakan untuk membuat hutang.

​Selepas berhutang

​Ini pun penting, anda perlu sentiasa berkomitmen untuk mengecilkan hutang sedia ada. Manalah tahu, rezeki manusia Allah Taala bagi berbeza-beza...ada lebih ada yang cukup-cukup dan ada yang tak cukup-cukup. Jika ada miliki simpanan lebih, buat bayaran lebih dari nilai minimum yang patut dibayar. 

Dengan cara itu, hutang akan dapat diselesaikan lebih awal.

olaoli

Harap teman dan sesiapa sahaja agar terhindar dari situasi keberhutangan yang melampau. Hutang yang menimbun akan buat mana-mana sahaja individu terganggu dan memberi kesan negetif kepada prestasi kerja.

Keburukan makan maggi secara keterlaluan

Keburukan makan maggi secara keterlaluan

​Kesan buruk makan maggi

Dulu satu ketika teman bergelar seorang budak U.

Belajar di UiTM Arau tahun 2000-2003 course diploma in plantation industry management.

Course ini membekalkan graduan untuk bekerja di sektor perladangan. Kebanyakan Pengurus-pengurus ladang di Malaysia yang berbangsa Melayu adalah dari course ini.

Course DPIM ini hanya ditawarkan di UiTM sahaja.

bahaya makan maggi

Salah satu course yang tough dari segi fizikal dan mental.

Semua student Dpim perlu buat praktikal setiap semester kecuali part 6 sahaja.

Maknanya setiap kali cuti semester ketika student course lain balik kampung kami akan berpraktikal samaada ladang Uitm sendiri atau masuk mana-mana ladang di seluruh negara.

Pelajar part 1 wajib untuk jalankan praktikal di ladang UiTM sahaja. Part 1 ini adalah masa untuk pendedahan kepada akan datang yang mana kami wajib untuk cari tempat praktikal sendiri.

Disebabkan cuti maka semua kedai makan dan cafe yang ada dalam kampus tutup. Time tulah kami pelajar part 1 DPIM sangat kritikal untuk mencari makanan. Kalau ada pun kami perlu berjalan berkilometer keluar dari pintu pagar UiTM. Di era tu pelajar part 1 tidak dibenarkan bawa motor atau kereta ke dalam kampus. Memang tidak dibenarkan oleh pentadbiran UiTM tetapi mungkin sekarang dah berubah.

​Pagi petang siang malam makan maggi

​Minggu akhir sebelum cuti tu, kami pelajar part 1 beli maggi berkotak-kotak untuk bekalan sebulan praktikum. Sejak start praktikum pagi makan maggi, tengahari balik ladang penat-penat tu makan maggi malam pun makan maggi. Maggi tu adalah maggi kari. Sebab dalam banyak-banyak mee segera maggi karilah paling murah. Murah adalah pilihan kami hehehe...

Tak lama, cuma 3-4 hari mula terasa badan tak bertenaga walapun sekali makan 2 peket maggi. Maklumlah praktikal kat ladang perlukan tenaga yang banyak mengcangkul, bina kompos, clearkan plot ladang tengah-tengah panas.

bahaya makan maggi

Ihsan google

​Tapi kami masih teruskan makan maggi cuma ada sekali dua untuk makan malam kami berjalan keluar beramai-ramai. UiTM Arau had keluar masuk hanya hingga pukul 10. Jadi mau atau tidak kena keluar awal lepas maghrib. kalau terlewat sikit nanti siap la kena ngan pak guard.

Sikit-sikit ambik nombor matrik. Lepas tu naik courts. Sampai la nak akhir minggu ke dua. Masa tu mula rasa sedikit kelainan kat badan dan mental teman.

​Kesan buruk makan maggi secara keterlaluan

Ok kat sini teman nak kongsikan kesan nyata makan maggi terover.

Pertamanya badan akan rasa lemah dan menggeletar. Dari kolej ke ladang kena berjalan hampir-hampir 1 kilometer jugak walaupun masa tu sebenarnya tak terasa sebab kita berjalan dicelah-celah bangunan kolej.

Masa berjalan tu rasa badan sejuk je dan susah nak berpeluh. Teman yakin punca utama adalah kekurangan zat hehe..maggi mana ada zat untuk badan. Tambah pulak aktiviti banyak menggunakan tenaga. Memang kurus time tu.

bahaya makan maggi

Ihsan google

​Kesan kedua teman jadi lembap dan susah untuk faham arahan penyelia ladang sedangkan ketika tu teman seorang kg. Penyelia hanya bagi arahan kepada kg dan kg akan sampaikan arahan kepada ketua-ketua unit. Lain yang penyelia cakap lain yang teman sampai kan. Lain yang diterang lain yang teman faham hahaha…aduhai parah..

​Ketiga teman jadi pelupa tahap gaban..asal letak je satu barang, 2-3 minit lepas tu teman tercari-cari dimana teman letak tadi. Padahal masa tu baru umur 19 tahun. Kadang-kadang terpaksa balik ke ladang bila kawan tanya dah kunci ke tidak stor.

Memang masa tu teman seperti seorang budak berIQ rendah. Asalnya ingat teman sorang je jadi sedemikian rupe, padahal ada lagi 2-3 orang kawan yang bersimtom sama. Bila keadaan dah sampai macam tu rupe, barulah kami nak bermesyuarat. Akhirnya diutuskan 1 group untuk keluar cari mana-mana makcik-makcik kedai makan yang boleh sediakan makanan tapau dan dihantar ke dalam kampus. Tempoh depa pergi cari tu, kami yang lain bersama-sama cover tempat mereka kat ladang.

Cari punya cari dapat jugak. ​Kitaorang cari yang paling rendah kosnya almaklumlah budak yang kebanyakan bergantung dengan duit ptptn.

​Lepas tu memang rasa perbezaan, fizikal dan mental semua kembali seperti sediakala huhu.. itulah penangan maggi kalau kita makan berlebihan atau ekstrim. Tapi time tu bukan saja-saja nak makan tapi memang dah berada dalam keadaan 'darurat' dah. Sejak dari tu sehingga sekarang, mungkin setahun ada la 1-2 kali je kot teman makan maggi.

la ni bila tengok anak-anak gila makan maggi teman terasa risau. Nak dilarang takut kempunan. Tapi anak-anak makan maggi bukanlah setiap hari cuma sesekali teringin.


Maggi merupakan salah satu dari jenis makanan ringan. Ia tidak berbahaya jika kerap dimakan seperti yang admin pernah buat seperti post di atas. Tetapi tidak salah jika dimakan sesekali kerana maggi ni memang disuaki ramai tambahan sekarang ni pelbagai perisa maggi ada di pasaran.


Meja blogger hingusan olaoli

Meja blogger hingusan olaoli

Meja Kerja Blogger

Siapa itu blogger? 

Siapakah yang layak dipanggil blogger?

Pada pendapat teman blogger bermaksud sesiapa yang ada blog/website dan menulis tentang berita, pendapat, pengalaman, pengetahuan dan sebarang bentuk penulisan. ​

Untuk lebih jelas lagi sila klik link ini Blogger

​Post ni bukan bertujuan nak membincangkan maksud blogger tapi nak share beberapa contoh meja kerja seorang blogger. Tak lupa jugak meja blogger hingusan olaoli.com hehehe..

​Meja blogger 'mat salleh'

Secara jujurnya teman lebih banyak mendapat maklumat dan idea berdasarkan blogger oversea terutamanya blogger dari negara-negara barat. Mereka ni lebih awal dan maju dalam dunia blogging samaada ilmu pengtahuan ataupun idea. 

Jadi teman dah banyak kali search untuk melihat rekabentuk, susunan, bahan dan idea mereka.

Namun nak ikut seratus peratus memang tak mampulah memandangkan teman ni berblogging bukan untuk tampung makan keluarga melainkan suke-suke je.

 kalau ada income masuk...alhamdulillah. Ni kira salah satu hobi teman lah.

Kebanyakan blogger barat ni warna yang menjadi pilihan utama untuk workspace mereka adalah putih.

​Mungkin sebab depa ni orang putih sebab tu suka warna putih agaknya. Tapi bab warna ni tak jadi masalah. Semua orang ada tastenye sendiri.


meja blogger

Tapi..teman pun suke warna background putih walaupun teman berkulit hitam.

Meja blogger juga tak menarik jika tiada accessories di dinding. Kebanyakan blogger akan meletakkan sesuatu di dinding tempat meja kerja. Misalnya gambar kah, whiteboarkah atau pun mungkin nota. 

Atas meja juga biasanya ada diletakkan set buku, rak alat tulis, set speaker dan lain-lain acessories yang sesuai. 

Speaker atau sound system bagi teman wajib ada. Teman sendiri tak boleh menulis jika tak ada muzik. Muzik ni boleh merancakkan idea dan kelajuan jari teman ketika menaip huhu..

meja blogger

Rekabentuk meja jugak berdasarkan taste masing-masing. Macam gambar disebelah ni berbentuk curve dibahagian tempat duduk untuk memberi ruang yang selesa kepada blogger. Tapi teman punye meja segi empat tepat berlaci enam huhu..banyak barang nak simpan sebab tu kena beli meja yang berlaci. Takkan semua nak letak atas meja.

​Meja kerja olaoli

​Ada juga beberapa gambar yang diupload oleh blogger tempatan yang teman jumpa di internet. Kebanyakan menggunakan alatan yang dibeli dari ikea. Tapi teman beli meja kat kedai pakistan je hehehe..dah itu je yang ade kat tempat teman ni. Kat bawah ni teman tampal beberapa keping gambar meja teman

meja blogger hingusan

Teman suka cahaya bewarna warni. Bila ada warna warni dia akan menaikkan keghairahan teman untuk buat sesuatu hahaha..

Kalau tiada warna-warni teman akan jadi pasif dan kurang upaya huhu..

meja blogger hingusan

Yang ni pulak gambar hiasan dinding teman. Background tetap warna putih sebab teman nak jadi macam mat salleh walaupun teman dah nak macam negro hehehe..Hiasan dinding ni pun tak siap lagi. Ada beberapa keping gambar belum dimasukkan lagi.

meja blogger hingusan

​Ni pandangan dari depan. Malas nak tunjuk gambar keseluruhan sampai kaki meja sebab meja cikai-cikai ja. Kat belakang tu teman pasang led light. Dinding tu letak macam jaring sebab senang nak letak nota. Tak payah nak catat dalam buku. Terpandang dan terus teringat apa yang perlu dibuat. 

​Kepentingan meja kerja

​Ramai orang macam tak berapa ambil kisah tentang meja kerja. Sebab ramai kawan-kawan teman tak kisah nak buat kerja dimana. Kadang-kadang kat meja makan, atas katil atau atas sofa je.

Teman dulu pun begitu sebab berat hati nak keluarkan kos untuk beli kerusi meja ni. Tapi bila difikirkan kembali memang  teman perlu ubah sebab bila-bila anak-anak dah mula bersekolah dan nak buat kerja rumah maka habis penuh atas meja makan. Sebab tu teman buat satu Small office home office(SOHO).

meja blogger

Teman 'create' satu bahagian dalam bilik untuk diletakkan meja kerja bagi pekerjaan hakiki dan juga sambilan seperti blogging dan tak lupa untuk trading forex.

Memang rasa beza 'feelnye' bila ada meja khas untuk buat kerja.

Aktiviti dan perkejaan jadi lebih teratur dan tersusun.


olaoli

Share untuk bagi idea kepada blogger-blogger lain. Bila ada stesen kerja sendiri maka kerja akan lebih tersusun. Mood juga akan sentiasa dalam keadaan yang bagus.


Buat duit sebagai penulis – Panduan Menjadi Penulis Bebas

Buat duit sebagai penulis – Panduan Menjadi Penulis Bebas

Minggu lepas setelah sekian lama tidak membeli ebook tiba-tiba teman teringin dan tertarik untuk membaca sebuah ebook yang telah di promosi ke emel teman iaitu Panduan Menjadi Penulis bebas dari rahsiapenulis.com. Teman dapatkan ebook ini hanya dengan harga RM27 sahaja. Tak mahal manapun berbaloi dengan ilmu yang diberi. Ebook ini ditulis oleh seorang pengeluar ebook yang agak terkenal iaitu Aqif Azizan. Beliau telah banyak menulis dan menghasilkan ebook-ebook panduan dan ada antaranya telah aku miliki iaitu Rahsia Jutawan Emas.

​Review olaoli tentang Rahsia Penulis

​Asalnya teman beli ebook ni untuk belajar lebih lagi tentang bagaimana untuk memperbaiki peulisan teman yang 'hodoh' kat blog ni. Tetapi bila teman beli ebook ni ia tidak banyak menyentuh pasal teknik penulisan tetapi ia lebih lagi iaitu bagaimana 'memasarkan' kebolehan dan penulisan kita. Selama ini yang teman tau hanya menulis di blog sahaja naikkan ranking dan tambah pelawat. Rupe-rupe sepatutnya teman ada peluang lebih dari itu untuk buat duit dengan menulis.

Rahsia penulis

Penulis ebook Rahsia Penulis ini juga berkongsi beberapa belas kaedah dan teknik untuk promosi yang berkesan bagi menarik minat pelanggan. Ada 4-5 teknik yang teman baru tau.

Sekarang ni duk kaji samada boleh atau tidak teman buat. Kalau ikutkan hati teman nak tulis je kat sini, sat lagi kang melanggar pulak hak cipta terpelihara.

Kemudian satu chapter yang menceritakan beberapa formula untuk meningkatkan permintaan terhadap penulisan kita. Salah satunya adalah............... eh sat lagi kang langgar hak cipta le..

​Idea Penulisan

Haaaa!!! yang ini part paling teman suka. Kalau anda nak tau teman ni selalu kering idea nak menulis. Kengkadang sampai berbulan taktau nak menulis ape. Tu pasal blog ni kerap penuh dengan labah-labah dan sawang. 

Kali ni penulis berkongsikan banyak idea-idea yang membantu kita untuk 'mencetuskan' idea lain untuk di tulis. Penulis tanpa idea maka...matilah dia. Blog tanpa post atau artikel maka...bersawangla ia. hehehe. Kalau cara teman sebelum-sebelum ni, idea menulis hanya muncul pabila teman sendiri melaluinya dan melihatnya samaada pengalaman sendiri, anak isteri, adik beradik atau kawan-kawan.

​Panduan yang berbaloi

Ebook ini harga RM27 sahaja. Murahkan. Ilmu yang teman dapat lebih dari harga tersebut sebab RM27 dalam 1 hari isyaalah boleh generate balik. Ilmu tu yang penting jika anda memang serius untuk berblog dan ingin menjana pendapatan melalui kebolehan menulis. Jadi sila dapatkan ebook tersebut​ dengan mengisi emel di bawah.

olaoli

Post ni adalah untuk mempromosikan satu produk yang sesuai kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan melalui penulisan. Jika anda membeli dari link yang teman berikan, teman akan mendapat komisyen. Sekian terima kasih

>