Author: olaolico

Peralatan blogging saya

Peralatan blogging saya

Peralatan Blogging

Nak jadi seorang blogger yang perlu memaintainkan blognya sudah pasti beberapa device atau peralatan diperlukan. Sebab banyak benda yang nak kena di ‘jaga’ setiap hari. Nak menulis post, nak layan komen pengunjung dan nak update status kat social media seperti di facebook, instagram, twitter dan lain-lain lagi. Sebahagian blogger suka letak gambar kat post mereka dan ada juga yang mahu buat video. Jadi nak buat semua tu agak susah kalau berharapkan hanya kepada 1 atau 2 devices je. Sesetengah blogger mementingkan kualiti kerja dan mau hasilkan post yang menarik tertarik. Ye lah nak bagi pengunjung rasa seronok membaca kita mestilah sediakan ‘kerja’ yang berkualiti.

Kat bawah ni saya senaraikan beberapa peralatan blogging yang diperlukan oleh seorang blogger dan juga saya miliki. Tapi saya rasa ada lagi tu blogger-blogger otai yang lain guna koleksi peralatan blogging mereka.

Macbook pro

Ni macbook lama saya model pertengahan tahun 2012 bukan retina display. Dulu beli sebab memang minat sangat kat brand apple ni. Disamping pulak time tu takde lagi laptop cuma pc je, so memang agak lama lah jugak menyimpan duit nak pakai macbook. Dan alhamdulillah laptop mac ni dari segi prestasinya memang baik walaupun dah lebih 4 tahun pakai. Untuk blogging, macbook ni digunakan sepenuhnya untuk tulis post dan blogwalking. Takkan nak post guna ipad atau phone. Mau berhari baru siap. Lagi pulak laptop lebih selesa untuk menulis post berbanding pc sebab kadang-kadang menulis post atas tilam, depan tv atau kat sofa, boleh korang bayang kan macam mana nak bawak pc?

 

peralatan blogging

Note 4

Ini bukanlah phone utama, ni phone khas untuk blogging dan lain-lain kegunaan. Phone untuk urusan rasmi keluarga, pejabat, kerja saya guna iphone 5 yang dah berusia hampir 5 tahun. Dengan note 4 ni banyak membantu memudahkan kerja nak layan fb, nak post gambar kat instagram olaolico dan sesekali tweet di twitter @fadzliolaoli  juga post kat google plus. Meh la join/follow saya ya sebab saya pun baru je setup segala semua tu. Setakat ni baru je beberapa orang yang follow. Selain kelebihan untuk posting dan blogwalking, kat smartphone membolehkan kita install banyak applikasi yang penting dan sangat membantu untuk melihat prestasi blog. Misalnya google analytic untuk melihat jumlah pengunjung, serp untuk melihat ranking keyword, maybank dan paypal untuk sebarang transaksi dan banyak lagi applikasi yang lain. Tak perlulah kita nak buka laptop untuk check benda-benda tu. Walaupun saya memiliki ipad 2, dengan adanya note 4 ipad 2 duk jadi mainan anak-anak je lah.


Nikon D7000

Dslr d7000 adalah peralatan untuk hasilkan gambar yang lebih cantik dan menarik yang boleh digunakan dalam post. Tetapi setakat ini, untuk blogging ni agak jarang saya gunakan pic yang diambil dengan dslr. Mungkin sebab post-post saya tak ada yang berkaitan dengan travel ke, produk ke atau apa-apa sahaja yang berkaitan aktiviti. Mungkin masa akan datang ada gambar yang best boleh saya attached dalam post olaoli.com ni. Bersama dslr ni ada beberapa peralatan yang digunakan bersama seperti tripod, speedlite dan remote.

peralatan blogging

Peralatan tambahan

Sebagai tambahan, blogging ni pun ibarat bisnes jugak. Aktiviti blogging  perlu disusunatur dengan baik dan atas sebab itu kita perlukan sebuah planner untuk membuat catatan. Mungkin kalau blogger sepenuh masa mereka ada planner yang lebih advance, bagi saya yang baru setahun jagung ni cukuplah sekadar macam gambar di bawah tu je.

peralatan blogging

 

Kesimpulan

Peralatan blogging saya ni bukanlah dibeli khas untuk tujuan aktiviti blog. Semua tu dah memang ada sebelum berblog lagi atas tujuan lain. Cuma bila mula pandai bermanja nak jadi blogger ni, maka peralatan tu secara tak sengaja memang match la dengan keperluan saya.

[wdps id=”1″]

Cara mengurangkan belanjawan untuk tahun 2017

Cara mengurangkan belanjawan untuk tahun 2017

Sebelum ini saya ada menyenaraikan tips berjimat, kali ni saya mahu berkongsi tentang  rancangan yang disusun untuk mengurangkan belanjawan dan dlam masa yang sama meningkatkan simpanan. Tahun 2017 ni adalah tahun yang mencabar disebabkan ekonomi negara yang kacau bilau terutama selepas kenaikan harga barangan dan pemotongan subsidi. Sebagai rakyat biasa yang berkerja makan gaji, kenaikan barangan harian sangat tinggi berbanding dengan kenaikan gaji tahunan memang membebankan.

Pada pemerhatian saya kos pampers, yuran tadika, susu dan banyak lagi telah meningkat melebihi 20% dari harga asal di tahun 2014. Itu belum lagi kos makanan, pakaian, buku dan barangan lain. Oleh sebab itu saya telah menyusun satu rancangan yang boleh mengurangkan belanjawan dan meningkatkan simpanan.

Mengurangkan belanjawan makanan

Perkara pertama dalam rancangan mengurangkan belanjawan adalah kos makanan di rumah. Sebelum ni kebiasaanya kalau tak sempat kami suami isteri akan beli makanan dari luar. Kos beli makanan siap ni memang besar. Untuk sekeluarga makan tengahari boleh mencecah RM30 atau lebih. Maklumlah keluarga saya ni agak ramai dan anak-anak juga kuat makan.

Kebiasaanya sebulan 24 hari berkerja, kalau didarabkan sebulan makan tengahari sahaja sudah RM720. Rancangan untuk mengurangkan belanjawan dalam aspek makanan ialah memasak waktu pagi sebelum pergi bekerja dan kemudian panaskan kembali untuk dimakan tengahari.

Kos bahan mentah untuk makanan

Jenis bahan mentah untuk memasak juga telah saya susun supaya dapat mengawal perbelanjaan. Seminggu sekali dirancang ayam, daging, ikan dan sayur dalam jumlah yang sesuai untuk sekeluarga. Ayam dan daging dibeli seminggu sekali dan boleh disimpan dalam freezer. Manakala ikan dan sayur mungkin perlu di beli secara berkala sebab tidak begitu sesuai untuk disimpan lama-lama sehingga 4-5 hari. Membeli sekaligus adalah lebih menjimatkan kos jika pergi ke pasar setiap hari terutama kos minyak.

Kurangkan kos bil

Yang seterusnya saya menekankan bagaimana untuk mengurangkan belanjawan pada bil-bil seperti bil telefon, streamyx, astro, elektrik dan air. Bagaimanapun saya tidak mengalami masalah pada kebanyakan jenis bil bulanan kecuali bil elektrik. Kebiasaanya bil elektrik saya sebulan adalah antara rm350-rm400. Kesilapan saya juga sebab membiasakan anak-anak guna aircond sejak kecil. Namun dengan garis panduan yang saya tetapkan adalah on aircond hanya waktu malam sahaja dan kipas di waktu siang.

Menyimpan RM seringgit setiap kali ke kedai

Mungkin anda yang membaca plan ni rasa macam pelik, tapi sebenarnya agak berkesan. Caranya setiap kali anda membeli barangan walaupun barang tu semurah mana pun, pastikan anda ambil RM1 dan masukkan kedalam tabung simpanan. Kalau sehari anda membeli barang 5 kali maka anda akan menyimpan sehingga RM5. Anda boleh cuba, pasti berkesan menambah duit simpanan tanpa sedar. Cumanya jangan pula digunakan duit simpanan tu kembali. Hujung bulan anda kira balik berapa semua duit yang anda telah kumpul dengan kaedah ini. Dari situ kita akan tau berapa kali sebulan kita ke kedai atau pasar.

Membeli ketika discount di online store

Saya merancang kaedah ini untuk membeli barangan dengan harga yang lebih murah. Misalanya pampers anak-anak, ada masanya di Lazada menawarkan discount sebesar 60% dengan kos penghantaran percuma ke seluruh semenanjung Malaysia. Inilah peluang yang sangat baik untuk mengurangkan belanjawan bulanan. Untuk tahun ni, insyaallah pampers yang saya beli di Lazada pada bulan 12 yang lepas mampu menampung keperluan sehingga 5-6 bulan.

Mengurangkan belanjawan untuk barangan mahal

Sehingga kini saya masih lagi pengguna herbalife sebagai supplement untuk kesihatan. Dengan langkah terbaru ini saya perlu mengurangkan sehingga 50% pengambilan terutama F1 dan F3. Lagipun dengan kenaikan harga produk herbalife adalah tidak bijak jika saya mengekalkan pengambilan dengan kekerapan yang sama. Atau mungkin boleh digantikan dengan produk lain yang lebih murah.

Kos perbelanjaan sekolah anak.

Mengelakkan cas tambahan untuk anak yang masih berada di tadika. Tadika akan mengenakan charge tambahan jika ibu bapa ambil anak lewat walaupun cuma 15 minit. Jadi lepas ini saya perlu ambil anak on time untuk mengelakkan cas tambahan yang agak besar. Kemudian membiasakan anak-anak yang berada di sekolah rendah membawa bekal makanan ke sekolah. Lagi pun saya dulu sampailah sekolah menengah masih lagi bawa bekal makan ke sekolah. Lagipun makanan yang dibawa dari rumah lebih baik dan bersih serta kuantiti yang mencukupi.

Kos minyak

Disebabkan harga minyak yang dah naik ni, merancang untuk mengurangkan belanjawan bulanan minyak adalah perlu. Caranya adalah mengurangkan perjalanan kereta seperti tidak lebih dari 2 kali keluar dari rumah. Merancang ke kedai atau pasar sekali atau 2 kali seminggu. Itupun boleh disekalikan ke kedai dalam perjalanan balik dari tempat kerja.

 

Kesimpulan

Demikianlah 8 perkara yang saya senaraikan dalam perancangan untuk mengurangkan belanjawan di tahun 2017. Dengan kos semakin meningkat, mahu atau tidak bukan sahaja saya malah sesiapa sahaja perlu berbelanja dengan berhemah. Simpanan perlu ada untuk tujuan kecemasan yang tidak dapat dijangka.

[wdps id=”1″]

 

Hari jadi anak kembar saya

Hari jadi anak kembar saya

Hari jadi anak kembar ke-8

Kelmarin 8/1/2017 adalah hari jadi anak kembar saya yang ke lapan. Sekejap je rasanya sejak menyambut mereka lahir 8 tahun yang lalu dan kini dah pun berada di darjah 2. Mereka berdua ni dilahirkan tak cukup bulan, kandungan baru berumur 32 minggu. Ketika tu mama mereka ni berada dalam keadaan yang berbahaya, apabila tekanan darah tiba-tiba sangat tinggi dan badan membengkak dari 65 kg ke 84 kg hanya dalam tempoh masa 4 hari sahaja. Jadi doktor terpaksa menjalankan pembedahan(caesar) untuk keluarkan bayi. Andai dibiarkan lebih 24 jam, memang berbahaya untuk nyawa ibu dan anak. Agak kritikal jugaklah saya melalui detik-detik kelahiran mereka ini.

anak kembar
Dah 8 tahun dah si kembar hadi dan wafi. Semoga selamat dunia akhirat

Sejarah kelahiran anak kembar

Mereka berdua adalah anak sulung saya. Dilahirkan dengan berat tak sampai pun 2 kg, abang 1.6kg dan adik 1.9 kg. Namun alhamdulillah walaupun dilahirkan tak cukup bulan dan tak cukup berat, sehingga kini mereka ni dianugerahkan kesihatan yang baik dan tubuh badan yang agak kuat. Mereka lebih tahan sakit berbanding adik beradik lain yang kalau sakit memang saya dan isteri tak dapat nak tidur. Dari segi saiz tak sebesar mana, tetapi tinggi Malah kalau along beratnya sama je dengan anak saya yang keempat walaupun beza umur 4 tahun. Walaupun berat tak seberat mana tapi dialah yang paling kuat makan. Bukan nak buat lawak atau merepek, tapi dia yang kurus kering berumur 8 tahun lebih kuat makan dari mamanya. Berbeza dengan kembarnya yang makan memilih, kalau tak kena selera memang tak sentuh langsung.

Persamaan dan perbezaan sikap anak kembar

Anak kembar saya ni adalah kembar seiras tetapi kebanyakan sikap dan gaya mereka ni tak sama. Persamaan yang nyata ialah antara mereka ialah bertanggungjawab dan patuh mendengar kata ayah dan mama walaupun sekecil perkara, sangat berbeza dengan adik beradik yang lain. Mungkin juga sebab mereka ini anak sulung. Walaupun begitu banyak aspek lain yang mereka ni tak sama. Misalnya selera makan dan kecenderungan permaianan. Along lebih suka game yang menguji fizikal manakala angah cenderung kepada game indoor seperti catur, carom dan saidina.

anak kembar

Kemudian along ni bersikap sambil lewa ketika buat sesuatu perkara berbeza dengan kembarnya yang fokus dan teliti. Sebab itulah agaknya tulisan along agak buruk dan tulisan angah agak cantik. Dari segi iq kedua-duanya tak banyak beza dan mungkin along sedikit cerdik. Tetapi along dapat tempat kedua sedangkan angah tempat pertama ketika di darjah satu. Bila disemak kertas jawapan saya dan isteri dapat lihat kemungkinan markahnya kurang bukanlah dia tidak faham soalan dan memahami pengajaran guru, tetapi kerana menjawab tidak teliti dan tidak menyemak semula jawapan.

Angah seorang yang suka join aktiviti-aktiviti seperti pertandingan bercerita, membaca, mengira dan melukis. Berbeza dengan kembar sulungnya yang tidak menunjukkan minat aktiviti-aktiviti begitu. Along lebih suka dengan aktiviti olahraga, badminton dan aktiviti outdoor sampai try masuk selection untuk rumah sukan akhir tahun lepas tapi kalah pada pelajar darjah 2 dan 3 hehe..

anak kembar
Masa konvo tadika

Selain itu chemistry antara mereka ni sangat kuat. Mungkin kerana mereka ini kembar, maka kalau apa-apa sahaja yang saya beli dan minta diberikan kepada adik beradik yang lain, pasti mereka akan memanggil pasangan kembarnya dahulu walaupun adik bongsu berumur 2 tahun sedang berdiri di depan mata.

Kehendak anak kembar

Anak kembar saya ni tidak banyak kehendak dan bukan jenis meminta-minta. Seingat saya, sejak kecil kalau pun mereka meminta itu pun selepas saya tanya apa yang mereka hendak. Macam hari jadi mereka ni, bila ditanya mereka mahu apa jawapanya “mama masak sedap-sedap je la”..oh senangnya hehe.. Berbeza dengan anak saya yang ketiga, bila ditanya mahu hadiah apa, jawapanya “saya nak handphone je ayah”..padahal umur baru 5 tahun tapi permintaan boleh tahan..

Harapan saya

Saya dan isteri memang letak banyak harapan pada si kembar ni. Di sebabkan anak sulung, jadi mereka inilah diharapkan dapat menjaga dan membimbing adik-adik yang lain terutama bila kami suami isteri tiada di rumah berkerja.  Sebagai ibu bapa kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak bukan sahaja ketika msih kecil malah sehingga dewasa. Untuk sediakan mereka dalam keadaan yang baik bagi menghadapi kehidupan dewasa apabila mereka besar nanti adalah menyediakan asas akhlak dan keperibadian yang mulia.

[wdps id=”1″]

Buat duit dengan blog tanpa modal

Buat duit dengan blog tanpa modal

Buat duit dengan blog tanpa modal

Sebelum ni saya ada bincangkan macam mana nak buat duit tanpa modal, post kali ni  pula disenaraikan 8 kaedah yang saya ketahui bagaimana kita boleh buat duit dengan blog. Ramai orang kurang percaya dan tidak yakin tentang prospek untuk menjana hasil dari blog. Lagipun menjadi seorang blogger menuntut lebih banyak komitment, masa dan fokus malah ada ketikanya melebihi waktu bekerja makan gaji. Ia kerana seorang blogger perlu sentiasa menyediakan post yang berkualiti dari semasa ke semasa.
Panduan Buat Duit Blog
Namun apabila sudah serasi dengan cara kerja sebagai seorang blogger, pasti penulisan semakin berkualiti dan mendapat ramai pelawat yang setia membaca di laman blog anda. Bagaimanapun perlu diingat, kejayaan menghasilkan sebuah blog yang baik sukar untuk dicapai dalam jangka masa yang pendek.

Macam mana blogger buat duit dengan blog

Disini ada 10 kaedah atau teknik yang dilakukan oleh kebanyakan blogger untuk menghasilkan pendapatan.

1. Affiliate – merupakan cara buat duit dengan blog yang paling biasa dan mungkin diketahui oleh semua blogger. Terdapat banyak syarikat dan individu yang menyediakan program affiliate mencari agen untuk mempromosi dan menjual produk mereka. Kebiasaanya blogger akan dibayar komisyen berdasarkan harga sebenar produk. Namun setakat ini saya tidak begitu berjaya dengan program affiliate seperti blogger yang lain-lain.

buat duit dengan blog

2. Ruang pengiklanan – banyak syarikat dan pengeluar produk yang bersedia mengambil peluang dengan membayar kos kepada anda untuk meletakkan banner iklan mereka di mana-mana bahagian di blog anda seperti di sidebar, header atau pun banner didalam post. Anda akan mungkin secara mingguan atau bulanan atau mungkin secara lump sum.

buat duit dengan blog

3. Review product – sesetengah blogger akan di bayar upah untuk membuat review atau mempromosi produk dengan menulis artikel. Ada masanya artikel telah ditulis siap dan anda sebagai tuan punya blogger cuma diminta untuk publishkan dalam post dengan meletakkan link ke laman web atau blog mereka.

buat duit dengan blog

4. Google adsense – google adsense adalah salah satu kaedah buat duit dengan blog melalui pengiklanan pay per click yang kerap kita lihat diblog-blog. Biasanya google adsense diletakkan dibahagian header, sidebar dan kadangkala di dalam post. Hasil google adsense sangat bergantung kepada jumlah pelawat yang datang ke blog. Jika sesebuah blog mempunyai pelawat yang ramai maka tinggi kemungkinan untuk mendapatkan klik dan begitulah sebaliknya.

buat duit dengan blog

5. Penulis bebas – ada masanya anda diminta untuk menyedia dan menulis artikel berdasarkan sesuatu topik yang mungkin juga berkaitan dengan niche blog anda sendiri. Kadang-kadang anda di minta untuk menghasilkan artikel untuk di post ke jurnal atau majalah. Sebenarnya banyak peluang untuk seseorang blogger menulis selain di dalam blog.

buat duit dengan blog

6. Menulis ebook – apabila anda sudah mahir dengan apa yang anda lakukan, ambil peluang itu untuk menghasilkan ebook panduan dalam bentuk info yang boleh dijual dan menjana pendapatan. Contoh yang terbaik ialah blogger saudara ahmad faizal yang telah menghasilkan sebuah ebook panduan seo merah jambu telah mendapat sambutan hangat dikalangan blogger.

buat duit dengan blog

7. Grafik designer – jika memiliki skill untuk membuat design, anda boleh letakkan link servis di blog bersama-sama model kerja yang anda lakukan. Ramai blogger yang sentiasa memerlukan design untuk logo, header dan untuk post mereka sendiri. Jangan lupa untuk mendapatkan review setiap customer anda. Dengan review yang positif servis anda akan sentiasa mendapat permintaan.

buat duit dengan blog

8. Menyediakan servis seo – seo adalah perkara paling penting untuk memajukan sesebuah laman web atau blog. Seseorang yang pakar tentang seo mempunyai peluang untuk menyediakan servis seo kepada syarikat atau sesiapa yang ingin menaikkan laman web atau blog mereka ke page pertama di search engine. Biasanya penyedia servise seo akan dibayar dengan jumlah agak tinggi kerana untuk mendapatkan tempat yang baik di search engine adalah satu perkara yang sukar terutama bagi keyword-keyword yang tinggi persaingan.

buat duit dengan blog

Inilah 8 cara atau teknik buat duit dengan blog yang saya ingin kongsikan dengan anda. Macam manapun tidak semua blogger berblogging bertujuan mencari income. Ramai juga antaranya yang menjadikan blog umpama sebuah diari untuk kenang-kenangan. Kebiasaanya mereka ini post berkisarkan kehidupan dan apa yang mereka lalui harian. Tidak kurang juga berblogging sekadar berkongsi hobi dan pendapat.

Seperti juga saya, berblogging lebih kepada hobi dan suka-suka walaupun banyak juga entry saya yang mengisarkan tentang info seperti posting ini. Kalaupun sebelum ini saya pernah meletakkan banner affiliate dan nuffnang, namun ianya tidak lebih dari sekadar nak nampak blog ni bling-bling dengan banner warna-warni. Mungkin next time saya akan fokus untuk buat duit dengan blog.

Buat Duit Blog
[wdps id=”1″]

Tarian zapin negeri Johor

Tarian zapin negeri Johor

Tarian zapin negeri Johor

Saya ni salah seorang peminat dengan tarian zapin walaupun tak pandai da tak pernah cuba menari zapin. Usahkan nak menari zapin, menari ape pun tak tau. Maklumlah jenis badan keras macam kayu. Tapi kalau satu benda tu kita tak boleh buat bukan bermakna kita tak boleh minat. Dibawah ni salah satu video satu kumpulan yang menari zapin. Nampak best dan menarik. Tarian mereka pun sama je.

Tarikan tarian zapin negeri Johor

Saya tertarik dengan tarian zapin ni sebab dia nampak penuh kemelayuan dan gagah. Ada tarian yang sesuai untuk penari lelaki dan ada tarian yang sesuai untuk penari perempuan. Kalau tarian zapin oleh orang lelaki ia akan nampak gagah sopan. Kalau tarian zapin oleh perempuan kita boleh nampak keayuan dan kesopanannya. Aspek tu tak boleh nampak kalau kat tarian-tarian baru yang selalu keluar kat tv tu. Tarian zapin kebiasaanya dilakukan secara berkumpulan dan diiringi dengan alunan muzik dari gambus, gendang, dumbuk dan juga suara penyanyi. Bagaimanapun adakalanya hanya muzik sahaja tanpa iringan suara penyanyi.

Sejarah tarian zapin

Apa yang saya ketahui, zapin ni di bawa dari tanah arab selepas kedatangan agama islam ke tanah melayu. Pada ketika tu tarian zapin ni kiranya adalah cara berhibur mereka disamping bersyair dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam alunan muzik. Pada awalnya ia berdasarkan kepantasan gerakan kaki sahaja. Kemudian tarian ni mula mengalami revolusi selepas berasimilasi dengan adat dan budaya bangsa melayu di dalam empayar Johor-Riau. Boleh dikatakan kini, zapin sangat serasi dengan negeri Johor. Malah dikatakan lebih terorganisasi berbanding daerah-daerah melayu yang lain seperti jambi, deli, singapura dan kawasan-kawasan yang pernah termasuk di dalam wilayah kekuasaan empayar Johor.

Pada awalnya zapin ni hanya tarian untuk orang lelaki. Namun selepas negara merdeka golongan wanita jua telah terlibat dengan aktiviti tarian zapin. Terdapat banyak jenis zapin, cuma yang saya tahu seperti zapin pekajang, zapin lenga dan beberapa lagi. Semua itu dikateggorikan sebagai zapin melayu. Zapin melayu mengalami banyak perubahan dan gaya dari zaman ke zaman. Ia berbeza dengan zapin arab yang masih tiada banyak perubahan dan masih sama dengan asalnya.

Peninggalan pusaka kebudayaan seni melayu

Sebagai keturunan melayu, sehebat manapun tarian lain terutama tarian moden, sepatutnya kita mewarisi dan memelihara tarian tradisional zapin ini dengan sebaiknya. Sebab bagi saya identiti bangsa bukan sahaja berdasarkan bahasa dan warna kulit, malah meliputi semua kebudayaan yang dicipta dan diamalkan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu.

[wdps id=”1″]

>