Author: olaolico

Bersukan dan diet yang betul untuk kesihatan yang baik

Bersukan dan diet yang betul untuk kesihatan yang baik

Dah lama aku tak posting apa-apa. Maklumlah bulan ramadhan ni duk berzikir 24 jam hehehe(ye la tu)..Posting kali ni aku nak sentuh tentang kesan bersukan dan diet yang betul untuk kesihatan yang baik.

Perkara ni penting untuk semua orang ambil tahu sebab semua kita nak sihat betul tak? nak perjalanan darah dalam badan lancar, nak jantung kuat, taknak kena penyakit kronik, nak badan cergas dan sentiasa sihat. Kalau orang sukan tak setuju dengan pendapat aku ni..ok lah cuma pendapat berdasarkan pengalaman diri dan sekeliling. Lagipun aku bukan guru PJK macam titan.

Apa jadi jika tidak bersukan

haa kat sini risikonya penyakitlah. Bayang kan berbulan-bulan pergerakan badan hanya dalam rumah je. Tak keluar peluh. Paling-paling kat pejabat pun setakat turun naik tangga..itu pun kalau bangunan tu tiada lif. Kalau kat rumah pulak paling hardcore pun setakat ‘bergusti’ ngan bini atas katil je. Cukup ke..tak cukup abang kakak..kalau boleh main 1-2 jam tu kira ok sangatlah..kalau setakat 5 minit takde apenye. Kita kena buat sesuatu aktiviti yang berpeluh sekurang-kurangnya 30 minit.

diet dan bersukan

Bayangkan kita duk makan macam-macam jenis makanan dengan berlemak dan berminyaknya, kemudian duduk depan tv lepas tu tidur. Lama-lama meneballah kolestrol dalam salur darah. Akibatnya strok, sakit jantung dan macam-macam penyakit berbahaya yang lain. Kalaupun kita tak menghidapi sebarang penyakit, tetapi dengan gaya hidup yang tak berapa sihat tu akan membuat badan kita kurang cergas. Sikit-sikit rasa lenguh. Sikit-sikit rasa mengantuk dan cepat letih.

Kemudian yang aku perhatikan ialah bentuk badan yang tak menarik. Macam aku dulu perut comel je membulat, bila berdiri sebelah bini mengandung, orang boleh konfius..sape yang mengandung ni? Tapi tu dululah..sekarang dah fit sikit..sikit je la. Jadi begitu disebabkan kehidupan muda aku yang sangat tidak beraktiviti..paling-paling pun tebas rumput..tebas rumput bukannya setiap hari, adalah sebulan 2-3 kali.

Dengan Bersukan kesihatan terjamin?

emm..bagi aku tak jugak. Bersukan bukan segala-galanya. Ramai orang dah salah faham dengan menganggap makan belasah je apa kau nak makan, yang penting kau kerap joging atau bersukan keluar peluh. Sape ajar macam tu?? Salah tu..aku pernah check kesihatan, nasihat doktor adalah diet yang betul dan bersukan. Tak boleh pilih salah satu. Nak badan yang sihat mesti buat kedua-duanya.

Cuba korang bayangkan,

Pagi nasi lemak 1-2 bungkus + air kopi.

Lepas tu duduk atas kerusi kerja

Pukul 10 kuih 3 ketui + teh tarik

sambung atas kerusi kerja

Tengahari nasi 1-2 pinggan + ayam atau Udang atau ikan + sayur (masak berlemak dan berminyak) + air laici..

sambung kerja atas kerusi

Balik sampai rumah pukul 5..rilek jap semayang semua kemudian jogging 3 kilometer.

Semua minyak dan lemak tu dah siap bercampur dalam darah dah pun baru kita nak jogging. Sebab makanan ni ambil masa 2 jam je nak hadam dalam badan.

Diet yang baik dan sentiasa bersukan

Jadi untuk dapatkan badan yang sihat dan cergas adalah dengan ambil diet yang betul dan bersukan pada kadar sederhana. Kenapa aku kata sederhana? sebab bersukan pada kekerapan yang tinggi juga adakalanya berbahaya kepada kesihatan jantung. Jangan nak samakan korang dengan ahli sukan/atlet sukan. Atlet sukan tu bukan sekadar pemakanan terjaga malah akan sentiasa mendapat pemantauan kesihatan dari doktor. Ekau ingat Lee chong Wei tu pergi check sendiri ke kat klinik, mereka ada doktor yang memang ditugaskan untuk memeriksa kesihatan atlet dari semasa ke semasa.

diet dan bersukan

Aku ada seorang rakan meninggal kena serangan jantung ketika baru nak main badminton. Baru nak pakai kasut, tumbang. Ketika tu arwah baru usia 30 tahun, seorang yang kuat bersukan. Aktiviti harian arwah selepas je habis kerja, petang badminton malam futsal. Sangat aktif. Walaupun ajal maut itu ketentuan Allah S.W.T namun sebagai hambanya kita perlu ikhtiar untuk elakkan perkara buruk berlaku.

Tapi tak bestlah kan kalau hari-hari duk makan sayur rebus ayam rebus ikan rebus je. Rasa takda nikmat la hidup kalau duit banyak tapi makan kena sekat-sekat. Nak jugak makan kari kepala ikan, shellout, nasi beriani, ayam tandoori dan lain-lain lagi. Kita boleh sebenarnya makan benda-benda tu semua, tapi tidak boleh kerap. 2 minggu sekali kira oklah. Jangan duk belasah kari kambing hari-hari(dulu aku belasah hari-hari)

Kesihatan adalah perkara yang sangat mahal

Ya memang mahal. Jadi jagalah tubuh badan kita sementara tengah sihat ni. Jangan nanti dah sakit baru nak beringat. Jaga pemakanan, bersukan dan kawalan stress rasanya dah cukup untuk jadikan kita seorang yang sihat dan produktif. Tak perlu dah nak cari apa-apa supplement. Setengah orang ni lain macam sikit, punya duk bangga pasal supplement yang dia makan.

 

Bulan Ramadhan menjelang tiba

Bulan Ramadhan menjelang tiba

Bulan Ramadhan menjelang tiba

Tinggal 3 hari je lagi kita nak berpuasa di bulan Ramadhan. Anak-anak pun tak sabar nak berpuasa almaklumlah puasa tahun ni 2 minggu kena cuti sekolah. Ada chance lah mereka nak puasa sebab kurang letih. Sebab 1 hari bersamaan dengan RM5..Kalau puasa10 hari dah dapat RM 50. Kaedah ayah nak galak anak berpuasa.

2-3 hari lepas aku dah ternampak dah iklan hari raya kat tv. Cuma lupa tv3 atau astro. Ramadhan belum lagi bermakna Syawal lagilah belum. Namun kat tv dah keluar dulu iklan raya takde pulak ternampak lagi iklan nak puasa. Kengkadang rasa pelik jugak zaman sekarang ni, sebab zaman aku kecik-kecik dulu akan keluar dulu iklan puasa contohnya chef wan punye program memasak, iklan makanan dan minuman untuk berbuka puasa dan lain-lain lagi. Tapi la ni iklan pasal puasa aku tak nampak lagi tetapi iklan hari raya dah keluar.

bulan ramadhan

Berenti anak-anak aku main bila dengan irama lagu raya kat tv. “eh dah nak raya” – anak aku 5 tahun

“Raya ape kalau puasa pun belum”..aku pangkah

“tapi tu lagu raya” ..kenyataan anak

“tv tu tak pandai tak pernah puasa” ..ayat untuk mematikan sebarang persoalan lagi.

Mungkin jugak ini merupakan salah satu marketing strategi. Menggalakkan orang ramai untuk bersedia simpan duit untuk beli keperluan hari raya kot. Sebab kalau tak diiklan dari awal takut lah nanti orang taktau dan duit orang ramai dah habis beli produk lain. Mungkinlah..mungkin..aku bukannya pakar pasal marketing ni.

Kemudian setiap tahun mesti ada iklan hari raya yang menyentuh jiwa penonton samaada sedih atau gembira. Namun semuanya memberikan pengajaran dan kesedaran kepada orang ramai. Sebab hari raya ini adalah satu masa yang sangat sesuai untuk umat islam mengeratkan lagi tali silaturahim. Sebab di lain waktu kita bukanya banyak kesempatan untuk berjumpa bersalam bersembang dengan saudara mara, jiran sekampung atau sesiapa sahaja.

Orang islam di Malaysia ni(taktau lah negara asia yang lain macam mana) memang sejak zaman berzaman diasuh menyambut hari raya aidilfitri ni secara besar-besaran. Ibu bapa biasanya sedih kalau anak-anak tak balik. Nilai bersama di hari raya adalah lebih besar maknanya berbanding hari lain. Dan tidak kurang juga berhabis duit untuk meraikan aidilfitri sampai berhutang sana-sini. Semua dalam rumah bertukar wajah. Sangat berbeza dengan negara-negara timur tengah(maklumat rakan-rakan yang belajar disana). Aidilfitri disana disambut secara sederhana sahaja. Tetapi mereka menyambut Ramadhan secara besar-besaran dengan masjid sentiasa penuh.

bulan ramadhan

Mencari keberkatan di Bulan Ramadhan

Eh kat Malaysia pun masjid penuh jugak tapi time terawih je la..

Aku harap bulan Ramadhan ini akan lebih menceriakan hidup kita semua. Walaupun tak boleh makan, tetapi keceriaanya adalah bersama amal ibadah yang dituntut oleh Islam. Moh kita tadarus al-quran, berbanyak bersedekah, bersederhana berbelanja dan terawih bersama. Eh banyak lagi sebenarnya..

Jadi dengan itu dengan lebih awal Olaoli.com ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan kepada semua umat Islam semoga kita mendapat segala keberkatan dari Allah S.W.T.

 

Batuk teruk kahak berdarah pengalaman dan petua

Batuk teruk kahak berdarah pengalaman dan petua

batuk teruk kahak berdarah

Pengalaman kahak berdarah serta petua hilangkan batuk dan gatal tekak

Aku nak share dengan korang pengalaman batuk teruk kahak berdarah dan ​petua hilangkan batuk dan gatal tekak ni. Sebulan sebelum isteri bersalin anak ke-6, aku mengalami situasi batuk yang teruk​ dan lama. Bila dah lama batuk sampai lah satu pagi kahak aku berdarah dan agak banyak. Pada awalnya pada anggapan aku batuk berkahak tak berhenti mungkin sebab tidur dalam bilik dengan aircond terpasang dan tak berbaju tak berselimut. 

​Hampir sebulan aku biarkan sebab ingat tak seteruk mana. Setiap kali baring telentang akan berbunyi nyeri kat dada time tarik nafas dalam-dalam.

Akibatnya terbatuk setengah mati. Asal malam nak tido je mesti rasa stress sebab tidur tak cukup. Ada masa nya sampai terjaga malam sebab rasa dada penuh dengan dan sebu.

Kahak berdarah

Di sebabkan batuk yang terlalu teruk dan lama, seluruh belikat dan dada rasa sakit Ada masanya sampai termuntah-muntah. Beberapa hari jugaklah terpaksa ambil mc sebab tak larat sangat nak kerja.

Sampai lah satu pagi lebih kurang 3 minggu batuk tak berhenti, terkeluar kahak dan bercampur darah. Masa tu terkejut jangan cakaplah. Dah macam-macam perkara terbayang lah... apa penyakit la pulak dalam badan aku ni.

batuk teruk kahak berdarah

Walaupun darah tu kadar dalam 20% je, tapi satu perkara baru yang tak pernah berlaku dalam hidup aku. Sebelum ni batuk macam mana pun tak pernah la kahak berdarah.

Sebab kat tekak aku cuma rasa gatal tak terasa pedih berbeza dengan sebelum ini asal kalau batuk teruk mesti tekak pedih. Tapi hanya awal pagi aje kahak tu bercampur darah, selepas tu normal macam biasa..memang mengkonfiuskan aku.

Selepas 4 pagi berturut-turut kahak aku berdarah, langkahkan kaki juga pergi hospital untuk dapatkan rawatan.

​kahak berdarah dikatakan simtom penyakit TB

Pergi kat hospital ni macam biasalah yang checknya bukan doktor pun sebaliknya medical assistant je. Aku kena pergi buat xray dulu then bawak result tu jumpa ​MA tu semula.

Bila dia tengok dia cakap "en kena check tb kemungkinan tb atau batuk kering"..

terus aku sahut dalam hati dengan kasar

"abah kau la tb".

Tak pasal-pasal kena buat rawatan tb kat kulit tu. Kena hantar spesimen kahak berdarah 3 pagi berturut-turut. Kena ambil darah. Dalam masa yang sama kena makan antbiotik.

Pasal antibiotik tu sampai sakit perut cirit birit dibuatnya. Antibiotik tak sesuai dengan aku dan digantikan dengan yag lain.

Kesemua arahan aku buat kecuali yang jalani ujian suntikan kat bawah kulit tangan. Aku tak nak buat sebab bukan takut kena suntik, tapi aku taknak pergi ke wad ujian tu di jalankan iaitu di wad kuarantin penyakit-penyakit berjangkit. Tu yang aku takut.

​Doktor sahkan kahak berdarah hanya akibat luka ditekak

Selepas satu minggu, ​MA kasi appointment jumpa doktor. Boleh pulak dihantarnya appointment tu hari isnin, punyalah ramai orang, dekat 2 jam menunggu barulah dapat jumpa doktor.

Sebelum doktor terangkan tentang masalah aku tu dia sound terus pasal kenapa tak jalani ujian tb tu. Aku pulak tengah panas baran(letih menunggu + dengan puasanya) aku pun tersound lah balik

​"so tb ke sekarang??".

Agaknya doktor tengok emosi aku tak berapa nak lurus sangat, dia cool dan terangkan yang batuk aku tu cuma biasa dan kahak berdarah di sebabkan batuk terlalu lama sehingga 3 minggu. So tekak trauma itu sebab ia berdarah.

Kemudian ​​nasihat doktor agar meminum air kosong dan kurang kan minum air yang berais. Selain tu dinasihatkan sentiasa berbaju walaupun di rumah. Elakkan makan buah-buahan yang sejuk macam tembikai dan rambutan.

​Petua hilangkan batuk dan gatal tekak

​Sebenarnya sebelum appointment jumpa doktor tu batuk aku dah hilang dah. Tapi jumpa jugak doktor sebab nak habiskan perubatan. Jadi kat sini aku nak share petua hilangkan batuk dan gatal tekak ni. Senang je amalkan madu campur dengan air suam dengan sikit perahan limau.

Rasanya 2 hari je amalkan memang lega terus batuk yang dekat sebulan tu.  Petua tu mak aku bagi lepas dia perasan aku tak berenti batuk. Alhamdulillah bukan penyakit berbahaya. Sebelum tu dah berbotol dan bermacam jenis ubat batuk aku telan untuk ​melegakan batuk tu. Ketika itulah aku sedari ubat batu brocol antara ubat batuk yang paling kuat kesan mengantuk jika terambik overdose huhuhu..

Selain tu sebaiknya mandi air panas untuk elakkan terbentuknya kahak dan elakkan mandi waktu malam.

batuk teruk kahak berdarah
>