5 langkah bina blog self-hosted

​Langkah-langkah membina blog

Post ni nak dikongsikan dengan mereka-mereka yang nak buat blog tapi taktau cara nak buat. Sesetengah orang sanggup mengupah orang lain setupkan blog yang menelan kos agak besar. Padahal anda boleh buat sendiri je dan ianya tak sesusah manapun.

Tak perlu nak bermain dengan coding. Kalau kene set coding bagai maka teman sendiri pun tak tahu dan blog olaoli ni pun takkan wujud. Sepatutnya tak perlu nak keluar kos untuk upah orang buat sebab tak susah manapun nak buat blog ini. Dalam post ni teman nak ringkaskan sedikit sebanyak langkah-langkah bina blog. Tapi yang ingin teman tekan dalam post ni adalah membina blog menggunakan hosting berbayar(self-hosted). 

Ada juga yang percuma seperti blogspot dan tumblr, tapi bagi teman hosting percuma ni banyak kelemahannya. Nanti teman ceritakan lah serba sedikit kelemahan hosting percuma ni.

​Pilih platform blog

​​Mula-mula sekali nak buat blog anda perlu decide nak buat blog menggunakan platform apa. Kebiasaanya yang menjadi pilihan utama adalah wordpress. Kalau lihat blogger-blogger terkenal pun kebanyakannya menggunakan wordpress untuk blog mereka. Tetapi ada juga menggunakan blogspot. Blogspot ni bagi sesiapa yang taktahu lagi, ia adalahplatform yang disediakan oleh google untuk orang ramai membina blog. Ianya free.. tapi banyak perkara terhad berbanding wordpress.

​Antara limitation(bahasa inggeris dengan izin) adalah:

  • ​anda tidak dapat mengawal sepenuhnya blog. Ada kemungkinan pihak blogspot akan tutup atau delete akaun anda selamanya.
  • domain blog anda tidak menarik. Jika teman guna blogspot maka domain blog ini bukan olaoli.com sebaliknya olaoli.blogspot.com. Nampak tidak 'gah'.
  • kurang disediakan kemudahan untuk ubahsuai blog berbanding platform wordpress. Pelbagai pihak menyediakan beribu-ribu theme untuk wordpress.
  • plugin yang terhad. berbeza dengan wordpress, anda boleh download dan gunakan beribu-ribu jenis plugin samaada percuma atau berbayar.
  • ​orang tidak begitu ambil berat pada blog dari platform percuma. Ia kelihatan tidak profesional jika kita bina satu blog untuk menjual produk. Jika saya..walau sehebat manapun barang yang dijual di blog berplatform blogsport atau percuma, saya tak akan beli. Kerana saya rasa kurang yakin..

​Sebab itu teman katakan platform percuma tidak bagus dan sepatutnya bukan pilihan utama anda.

​Beli domain dan hosting

​Step kedua adalah membeli domain dan hosting. Kosnya tak besar. Saya sarankan anda dapatkan hosting dari netkl. Untuk permulaan dapatkan package silver yang kosnya hanya RM60 setahun. Harga tu dah termasuk domain. 

Untuk domain anda perlu ambil masa utnuk merancang apa tujuan blog anda dibina. Jika ianya fokus untuk menjual, anda perlu cipta satu domain yang sesuai dengan produk anda. Jika ianya sebagai blog personal seperti blog teman ni, letaklah nama sendiri ataupun nama panggilan.

Misalnya teman ni olaoli.com sebab nama panggilan teman adalah OLI hehehe..

Teman nak pesan, sebelum beli hosting kena pastikan yang hosting provider yang anda 'minat' tu adalah bagus prestasinya. Cuba search dan dapatkan review dari blogger-blogger yang pernah gunakan hosting tersebut. Jangan main beli je sebab terdapat beberapa hosting provider yang kerap bermasalah.

Dibawah ni salah satu contoh bagi teman menjadi syarat untuk pemilihan hosting.

  • Free custom domain - They include a 100% free custom domain name.
  • 1 Click WordPress installation - Installing WordPress takes less than 30 seconds.
  • 24/7 support - No matter what happens, they are available to help.

​Install wordpress ke hosting

Bahagian ni yang paling banyak dikatakan sukar untuk dibuat. Padahal hanya beberapa klik sahaja untuk install. Di control panel klik pada icon wordpress kemudian pilih domain yang anda mahu install wordpress tu. Kemudian cuma berikan user dan password untuk login ke dalam blog anda nanti. Setersunya tekan next dan tunggu sampai process selesai.

5 langkah buat blog

Kemudian anda akan dibawa ke ruangan log in. Masukan username dan password yang telah ditetapkan tadi. Akhirnya anda akan di bawa masuk keruangan dashboard blog.

5 langkah bina blog

Di bawah ni contoh dashboard blog teman. lebih kurang ni lah nanti dashboard anda.

5 langkah buat blog

​Pasang theme dan plugin

​Langkah ke-4 adalah masanya untuk customizekan(dengan izin) theme, borang contact, plugin dan beberapa perkara lain. Setakat ni teman dah ada 3 blog. Melalui pengalaman step inilah yang paling lama sebab rasa seronok ubahsuai itu dan ini. Test theme pun berjam-jam. Belum lagi pasang dan setting plugin. 

Theme yang disediakan percuma biasanya kurang dari aspek seo. Kadang-kadang tidak responsive pada device lain seperti phone dan tablet. Dapatkan satu theme yang berbayar. Theme berbayar ni biasanya lebih mesra seo dan responsive. Ianya juga kadangkala nampak lebih profesional dan elegant. Teman rasa tak rugi beli theme sebab anda pasti puas dengan prestasinya.

​Plugin seo yang menjadi pilihan kebanyakan blogger adalah All in One dan Yoast. Kedua-duanya ada versi percuma. Setakat ni teman masih pakai versi percuma sebab walaupun percuma sudah cukup berbaloi. Banyak lagi plugin lain seperti media sosial, anti spam yang perlu anda install. Jangan risau semuanya percuma.

​Tulis dan publish post pertama

​Yang terakhir adalah membina post pertama di blog. Post pertama pastilah kata-kata aluan sebagai mukadimah pelancaran blog anda. Perkenalkan diri dalam post tersebut. kalau boleh masukan gambar anda supaya pembaca atau blogger-blogger lain kenal wajah empunya blog baru tersebut.

​Kat bawah ni screen shot ruangan penulisan post di blog. ​Disini anda akan menulis, masukan gambar, video dan apa-apa link untuk dipromosi bersama artikel.

5 langkah buat blog

Selepas selesai bina artikel dan berpuas hati, anda perlu tekan button publish untuk memblehkan artikel anda di baca oleh pelawat. Dalam masa yang sama untuk diindex oleh mesin pencari seperti google, yahoo dan bing. dalam masa yang sama anda boleh berkongsi link artikel/post blog di ruangan media sosial seperti facebook, twitter, google plus dan ​pinterest. Sebenarnya banyak lagi cuma teman hanya fokus kepada beberapa media sosial sahaja.

(Visited 24 times, 1 visits today)
Please follow and like us:
>
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)

© 2018 OlaOli Designs. All Rights Reserved.