4 jenis hutang punca masalah kewangan

4 jenis hutang punca masalah kewangan

​Hi, selamat malam kepada pembaca olaoli.com. Post hari ini nak sentuh tentang 4 perkara yang menjahanamkan kewangan anda. Sebenarnya ada lagi, tapi 4 inilah yang paling banyak dialami oleh orang ramai terutama golongan muda. Teman buat conclusion berdasarkan pengalaman sahabat taulan, adik-beradik, saudara mara malah diri teman sendiri.

Kita pun tahukan begitu ramai rakyat Malaysia lebih-lebih lagi golongan muda yang telah diistiharkan bangkrap oleh mahkamah. Namun tak ramai orang jelas apa punca kebangkrapan dikalangan anak-anak muda ni.

​Walaupun 4 punca yang teman nak senaraikan ini penyebab utama kegagalan kewangan, tetapi tidak dapat dinafikan.... sikap boros adalah adalah raja segala sebab yang menyebabkan 4 punca di bawah berlaku.

4 jenis hutang punca masalah kewangan

​Pinjaman peribadi

Semua orang tahu apa itu pinjaman peribadi. Pinjaman ini disediakan oleh pihak bank kepada orang ramai berdarkan kelayakan seseorang. Pinjaman peribadi adalah pinjaman cash bertujuan untuk dibelanjakan oleh si peminjam. Ianya berbeza dengan pinjaman perumahan dan kereta. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca di sini.

Macam mana pinjaman peribadi ini boleh merosakan kewangan anda?

Ianya berbalik pada 'raja segala sebab' iaitu boros. Bila banyak cash di dalam akaun, anda rasa apa kemungkinan yang kebanyakan orang akan buat?

Pasti mereka akan berbelanja berhabis-habisan membeli pelbagai barangan. Dan pasti apabila terlalu berbelanja maka barangan tidak penting atau mewah akan dibeli.

Misalnya smartphone baru dan mahal, mungkin masa tu dah tak pandang dah setakat Huawei ke, Lenovo...apa yang mereka akan lihat?

IPHONE..

SAMSUNG S9++++..

atau mungkin masih Huawei, tapi..

HUAWEI P20 pro...

Ketika tu mungkin dah tak makan masak di rumah sebaliknya pagi petang siang malam makan di luar.

Bagi penggila kereta pula akan upgrade kereta semahu-mahunya..

RIM..

ACCESSORIES..

dan macam-macam lagi.

​Bila dah habis je duit pinjaman peribadi, maka kering dan pening. Apa yang kemungkinan akan berlaku??

BUAT PINJAMAN LAGI..

​Kad Kredit

Penggunaan kad kredit adalah yang paling sukar untuk dibendung termasuk lah diri teman sendiri. Kalau nak kemana-mana mesti mudah tangan nak swap. Kemudian lebih parah bila bayar hanya pada nilai minima.

kad kredit

​Penggunaan kad kredit yang bijak adalah menetapkan tempoh berapa bulan untuk selesaikan perbelanjaan yang telah dibuat. Lagi singkat lagi bagus. Tapi agak sukar nak selesaikan dalam tempoh yang pendek. Kad kredit perlu digunakan secara berhati-hati dan sistematik.

Bukan teman bermaksud tidak boleh menggunakan kad kredit, tetapi kita perlu mempunyai perancangan yang teratur dan mampu untuk membuat pembayaran melebihi nilai minima. Kalau rasa tak mampu, jangan swap atau gunakanya. Simpan je untuk kecemasan.

Teman dulu masa mula kerja ada 2 kad kredit, Ambank dan bank Islam. Kedua-duanya sangat membebankan. Bila kredit kad ​berjaya di 'kosongkan' pasti 'kegatalan tangan' akan kembali dan kad kredit penuh semula. Selepas 5 tahun bergelumang dengan masalah akhirnya teman ambik keputusan untuk terminate 2 kad tersebut

Tapi bukan bermakna teman dah tak guna kredit kad, cuma kali ni berkalih ke Bank Rakyat. Dengan bank rakyat, apa sahaja pembelian online dan bernilai lebih dari RM300 yang nak dilakukan mesti mendapat pengesahan yakni kena call dulu. Kecuali penggunaan runcit seperti membeli di pasar raya atau stesen minyak.

​Hutang kereta

Hutang kereta lah yang paling banyak mendatangkan masalah kepada orang muda. Biasalahkan..bila mula kerja kalau kita orang muda melayu ni first yang dipandang adalah kereta.

Salahkah mula kerja terus beli kereta??

​Agak ramai juga pakar-pakar yang menyatakan beli kereta di awal bekerjaya adalah satu kesilapan.

Bagi teman taklah.. boleh beli kereta tapi pastikan ansuran kereta paling besar 1 per 5 sahaja dari gaji. Kalau gaji korang RM2000, ansuran adalah RM400 sebulan. Jangan lebih dari itu.

​Yang menjadi masalah bila mula-mula kerja gaji setakat RM3000 terus beli kereta baru yang mahal seperti Vios TRD Sportivo yang ansuranya hingga RM1000 sebulan. Dari situ anda telah hilang 1 per 3 dari gaji.

Yang ini banyak berlaku dikeliling teman terutama kakitangan awam. Mula-mula kerja dulu teman pakai Gen-2 secondhand je yang ansuranya RM410. Itu pun sambung bayar kereta kakak ipar.

​Pinjaman perumahan

​Pinjaman perumahan adalah satu pinjaman yang bernilai tinggi dan tempoh masa yang lama. Tempoh pinjaman mencecah hingga 30 tahun dan memerlukan pelbagai kos sampingan setiap tahun seperti cukai pintu, maintenance dan sinking fund untuk apartment.

​Kebanyakan individu yang bermasalah dengan pinjaman perumahan disebabkan:

   a) kehilangan pekerjaan

   b) tidak mampu teruskan akibat kos keperluan hidup yang meningkat.

   c) Masalah kesihatan diri atau keluarga yang perlukan banyak peruntukan.

Biasanya apabila tidak lagi mampu meneruskan pembayaran maka rumah tersebut akan dilelong oleh pihak bank. Tapi pernah berlaku pada seorang sahabat yang tidak lagi mampu membayar tunggakan bank. Rumah beliau telah dilelong tetapi harga yang diperolehi lebih besar dari harga sebenar rumah tersebut. Ini kerana peratus kenaikan hartanah dilembah Klang adalah sangat tinggi. Selepas ditolak kepada bank dan kos-kos lain beliau memperolehi lebihan cash yang diserahkan oleh pihak bank.

​Kecilkan nilai hutang

​Macam mana nak kecikkan hutang?

Teman bahagikan kepada 2:

   a) sebelum berhutang

   b) selepas berhutang

​Sebelum berhutang

​Sebelum nak mula buat hutang rancang dengan sebijak-bijak dan setelitinya. Ambil kertas, pen dan calculator. Buat perancangan terhadap semua kos dan semua pendapatan yang ada. jangan lupa hutang mengambil masa bertahun-tahun nak diselesaikan. Pastikan anda masukkan dalam perancangan 'anak-anak' yang akan datang.

Mungkin setiap tahun mendatang anda akan dapat anak...so masukan budget perbelanjaan mereka sekali. Kemudian berapakah balance yang anda boleh simpan dan lebihan yang boleh digunakan untuk membuat hutang.

​Selepas berhutang

​Ini pun penting, anda perlu sentiasa berkomitmen untuk mengecilkan hutang sedia ada. Manalah tahu, rezeki manusia Allah Taala bagi berbeza-beza...ada lebih ada yang cukup-cukup dan ada yang tak cukup-cukup. Jika ada miliki simpanan lebih, buat bayaran lebih dari nilai minimum yang patut dibayar. 

Dengan cara itu, hutang akan dapat diselesaikan lebih awal.

olaoli

Harap teman dan sesiapa sahaja agar terhindar dari situasi keberhutangan yang melampau. Hutang yang menimbun akan buat mana-mana sahaja individu terganggu dan memberi kesan negetif kepada prestasi kerja.

(Visited 224 times, 1 visits today)
  • rezeki masing-masing berbeda

    ada dua faktor seorang mudah terjebak dengan hutang kerana ketiadaan wang tunai dalam tangan dan tidak mampu menghasilkan wang dengan banyak dalam sama yang singkat.

    jika dua faktor tersebut boleh diatasi…

    masalah hutang tidak akan berlaku..

    wang adalah segala-galanya dan segala-galanya adalah wang ..

    hahahaha..pening baca komen ini.

  • >
    %d bloggers like this: